Seksyen 8
Perjanjian penyewaan yang melebihi keluasan yang ditetapkan dilarang
of Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967
ActIn forceProvision 8 of 11
Seksyen 8
(1)
Tiada penyewa boleh membuat apa-apa perjanjian penyewaan yang memberinya hak untuk mengusahakan tanah padi melebihi apa-apa keluasan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri secara am atau berkenaan dengan suatu kawasan yang ditentukan di dalam Negeri itu.
(2)
Tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadap penyewa, apa-apa perjanjian penyewaan yang berkenaan dengan keluasan yang melebihi keluasan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) adalah terbatal setakat yang lebih itu sahaja.