Skip to content
In forceUpdated to 2 Oct 2017Read it in English

11. Sekatan mengenai amaun sewa

Feedback & support
(1)

Sewa yang dikenakan di bawah sesuatu perjanjian penyewaan hendaklah disebut dalam perjanjian itu dan dinyatakan sebagai amaun padi yang tidak melebihi amaun yang disebut dalam

Jadual Kedua berkenaan dengan kelas tanah yang dalamnya tanah yang terkandung dalam perjanjian penyewaan itu tergolong.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), dengan persetujuan bersama antara tuan tanah dengan penyewa selepas padi dituai, penyewa bolehlah menggantikan sewa itu dengan pembayaran wang tunai yang dikira mengikut harga padi semasa di tempat menuai pada masa pembayaran kena dibayar dan mengikut kuantiti yang kena dibayar sebagai sewa di bawah seksyen ini.

(3)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, dengan persetujuan Menteri, melalui perintah meminda Jadual Kedua dan menetapkan sewa maksimum yang dikenakan di bawah perjanjian penyewaan yang berkenaan dengan tanah padi di dalam Negeri itu atau di dalam mana-mana kawasan yang ditentukan di Negeri itu.

(4)

Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui pemberitahuan dalam

Warta—

(a)

mengelaskan mana-mana tanah padi di dalam Negeri itu bagi maksud Jadual Kedua; dan

(b)

mengisytiharkan mana-mana bahagian Negeri itu atau mana-mana tanah padi sebagai kawasan tanaman dwimusim.

(5)

Apabila suatu perisytiharan dibuat di bawah perenggan (4)(b), sebanyak tiga puluh peratus lagi hendaklah ditambahkan kepada sewa maksimum yang dikenakan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa

Negeri di bawah subseksyen (3).

(6)

Mana-mana tuan tanah atau penyewa yang tidak berpuas hati dengan pengelasan atau perisytiharan mengenai tanah padi di bawah perjanjian penyewaannya boleh, dalam masa tiga puluh hari dari pengelasan atau perisytiharan itu, merayu kepada Pihak

Berkuasa Negeri supaya dikaji semula pengelasan atau perisytiharan itu.

Undang-Undang Malaysia 12

(7)

Semasa kajian semula, Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat apa-apa perintah yang disifatkan patut tentang pengelasan tanah padi itu atau sewa yang dikenakan bagi tanah padi itu dan perintah itu adalah muktamad.

Report