12. Perisytiharan mengenai tanaman yang tidak menjadi secara keseluruhannya
Feedback & supportSekiranya tanaman padi tidak menjadi secara keseluruhannya akibat bencana alam di dalam Negeri, Menteri Besar atau
Ketua Menteri hendaklah atas nasihat Pegawai Pertanian Negeri mengisytiharkan di dalam Warta dengan menyatakan takat tanaman itu yang tidak menjadi dan sempadan kawasan yang terjejas dan hendaklah menyatakan peratusan pengurangan sewa yang dibenarkan untuk dibayar oleh penyewa kepada tuan tanah.