Skip to content

Seksyen 10

Hak penyewa untuk terus menduduki tanah apabila tuan tanah mati atau tidak berupaya

of Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967

ActIn forceProvision 10 of 11
Seksyen 10
(1)

Sekiranya tuan tanah mati, menjadi tidak berupaya atau selainnya semasa perjanjian penyewaan itu masih berkuat kuasa, penyewa boleh terus menduduki tanah itu sehingga ketuanpunyaan tanah itu telah ditentukan atau wakil di sisi undang-undang ketuanpunyaan tanah itu telah dilantik.

(2)

Apa-apa sewa atau gantinya dalam bentuk wang tunai pada nilai semasa yang genap masa dan kena dibayar oleh penyewa hendaklah disimpan oleh penyewa dengan Pendaftar sehingga ketuanpunyaan atau wakil di sisi undang-undang yang disebut terdahulu telah ditentukan atau dilantik apabila Pendaftar hendaklah membayar sewa atau gantinya itu kepada tuan tanah yang baharu.

Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)

11