Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian XIV

88. Penalti kerana menyebabkan penderhakaan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang menyebabkan atau cuba menyebabkan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikira akan menyebabkan perderhakaan di kalangan anggota Pasukan atau mendorong atau cuba mendorong mana-mana anggota itu supaya tidak memberi perkhidmatannya atau supaya melakukan langgaran disiplin adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan

Polis 57

hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya. Mana-mana pegawai kanan polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini.

(2)

Dalam seksyen 87 dan seksyen ini ungkapan “pegawai polis”

meliputi semua orang yang dilantik atau diguna khidmat untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini dan mana-mana anggota polis dari suatu wilayah lain yang ada dalam Malaysia di bawah Akta ini; dan ungkapan “Pasukan” meliputi semua badan yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini dan pasukan polis dari suatu wilayah lain yang mana-mana anggotanya mungkin ada dalam Malaysia di bawah Akta ini.

Report