Akta Polis 1967 · Updated to 10 May 2024 · Bahagian XIV
96. Peraturan-Peraturan Polis
Feedback & supportYang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan yang bernama “Peraturan-Peraturan Polis” yang tidak berlawanan dengan Akta ini.
Polis 61
Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas, Yang di-Pertuan Agong boleh membuat Peraturan-Peraturan
Polis, berhubungan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
kenaikan pangkat dan penurunan pangkat;
disiplin, termasuk pentakrifan kesalahan disiplin, tatacara disiplin dan mengawal selia dan melaksanakan hukuman;
kenaikan pangkat dan peperiksaan kemahiran;
perihal dan pengeluaran senjata, amunisi, perlengkapan, pakaian seragam dan keperluan untuk dibekalkan kepada anggota Pasukan dan kepada anggota badan lain yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini;
kebenaran untuk tidak hadir;
bayaran yang dikenakan kepada anggota awam atau pihak berkuasa berkanun bagi perkhidmatan tambahan dan khas oleh polis dan untuk salinan laporan, pelan dan gambar foto yang dibuat oleh pegawai polis;
semua perkara yang, di bawah Akta ini, boleh diperuntukkan atau ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan
Polis.