Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian XIV

93. Persatuan polis

Feedback & support

Bagi maksud untuk membolehkan pegawai polis menimbangkan dan membawa kepada perhatian Kerajaan semua perkara yang melibatkan kebajikan dan kecekapan mereka, termasuk gaji, pencen dan syarat perkhidmatan, lain daripada soalan yang melibatkan kenaikan pangkat individu dan disiplin, suatu persatuan atau lebih boleh ditubuhkan dan persatuan itu hendaklah dikendalikan serta ditadbir menurut kaedah-kaedah. Mana-mana persatuan sedemikian dan cawangannya hendaklah pada keseluruhannya bebas daripada dan tidak bersekutu dengan mana-mana badan atau orang di luar

Pasukan, dan hendaklah dikecualikan daripada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan.

Report