Mana-mana pegawai polis yang tanpa sebab yang munasabah, yang mana beban pembuktian hendaklah terletak ke atasnya, tidak menghadirkan dirinya untuk menjalankan tugas selama
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
tempoh dua puluh satu hari berterusan atau dalam hal keadaan yang menunjukkan bahawa dia bertujuan tidak akan kembali menjalankan tugasnya hendaklah disifatkan sebagai telah membolos, dan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan.
Jika seorang telah disabitkan di bawah seksyen ini, Pihak
Berkuasa Disiplin bolehlah mengarahkan supaya semua tunggakan gaji yang kena dibayar kepada orang itu dilucuthakkan.
Dalam subseksyen (1) ungkapan “pegawai polis” meliputi pegawai polis tambahan, anggota Polis Simpanan dan Sukarelawan
Simpanan Polis apabila dikerah di bawah Akta ini dan mana-mana anggota pasukan polis dari wilayah lain yang ada dalam Malaysia di bawah Akta ini.