Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian XIV

99. Masa peralihan

Feedback & support
(1)

Berkenaan dengan anggota Pasukan seperti ditubuhkan di bawah Akta ini, peruntukan-peruntukan berikut hendaklah berkuat kuasa―

(a)

kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam perenggan (b)

bagi tujuan membayar pencen, ganjaran atau elaun lain kepada anggota Pasukan, Ordinan Pencen 1951

[Ord. 1 tahun 1951], bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan apa-apa kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan perintah pada masa tersebut berkuat kuasa di

Negeri-Negeri Tanah Melayu adalah terpakai kepada anggota itu; dan bagi maksud perenggan ini Ordinan, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan perintah yang tersebut di atas hendaklah diperluaskan ke Negeri Sabah dan Sarawak dengan pengubahsuaian yang mungkin perlu untuk menguatkuasakan perenggan ini;

(b)

anggota Pasukan yang kepadanya mana-mana undang-undang lain berhubungan dengan pencen, ganjaran dan elaun lain dipakai sebelum sahaja permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah seterusnya terikat oleh undang-undang itu; dan jika mana-mana undang-undang itu dimansuhkan oleh Akta ini undang-undang itu hendaklah walaupun telah dimansuh bagi maksud perenggan ini sahaja terus

Polis 63

dikuat kuasakan dan mempunyai kesan ke atas anggota tersebut;

(c)

berkenaan dengan anggota Pasukan di Negeri-Negeri

Sabah dan Sarawak, tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh atau mengambil daripada mana-mana anggota apa-apa terma atau syarat perkhidmatan yang diberi kepadanya atau dinikmati atau didapati oleh mereka sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2)

Berkenaan dengan anggota mana-mana badan bantuan yang ditubuhkan atau didirikan di bawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan oleh Akta ini, anggota itu hendaklah walaupun dimansuhkan undang-undang itu terus menjadi anggota badan tersebut seolah-olah badan itu ditubuhkan atau didirikan di bawah

Akta ini sehingga dilepaskan atau dilantik mengikut Akta ini.

Report