Mana-mana pegawai polis yang menyebabkan, mengapikan, atau masuk serta dalam apa-apa dahagi atau penderhakaan dalam Pasukan atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk menyebabkan dahagi atau penderhakaan itu, atau tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk menumpaskan apa-apa dahagi atau penderhakaan itu atau, setelah mengetahui akan apa-apa dahagi atau penderhakaan atau cadangan akan apa-apa dahagi atau penderhakaan, tidak, tanpa berlengah-lengah, memberi maklumat mengenainya kepada pegawai polis atasannya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.