Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian XIV

92. Pegawai polis tidak boleh menjadi anggota Kesatuan Sekerja

Feedback & support
(1)

Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain, seseorang pegawai polis yang, tertakluk kepada Akta ini, menjadi atau selepas tamat satu bulan dari mula berkuat kuasanya

Akta ini masih menjadi, seorang anggota mana-mana kesatuan sekerja, atau mana-mana persatuan yang mempunyai tujuan politik, atau mana-mana parti politik adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Bagi maksud seksyen ini apa-apa soalan sama ada mana-mana badan adalah kesatuan sekerja atau persatuan yang dimaksudkan oleh seksyen ini hendaklah diputuskan oleh Menteri.

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan “pegawai polis” meliputi pegawai polis tambahan dan mana-mana anggota pasukan polis dari suatu wilayah lain yang ada di dalam Malaysia di bawah Akta ini.

Report