Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian XIV

95. Kaedah-kaedah

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah-kaedah yang tidak berlawanan dengan Akta ini, bagi menjalankan maksud

Akta ini.

(2)

Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas, Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah-kaedah berhubungan dengan semua atau mana-mana perkara berikut:

(a)

pengkelasan dan kekananan pelbagai gred, pangkat dan pelantikan dalam Pasukan dan dalam semua badan lain yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini;

(b)

pemberian dalam hal-hal tertentu darjat kehormat kepada mana-mana orang dan masa mana-mana orang itu boleh memakai pakaian seragam darjat kehormat itu;

(c)

bayaran pencen dan ganjaran, gaji dan elaun dan pampasan kepada anggota Pasukan dan anggota semua badan lain yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini;

(d)

pentadbiran Kumpulan Wang Polis;

(e)

semua perkara yang, di bawah Akta ini, boleh diadakan atau ditetapkan melalui kaedah-kaedah;

(f)

secara amnya bagi faedah dan pentadbiran Pasukan dan semua badan lain yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini.

Report