Akta Polis 1967 · Updated to 10 May 2024 · Bahagian XIV
89. Memiliki, membuat, menjual atau membekalkan secara haram peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis dan penggunaan pakaian seragam polis tanpa kebenaran
Feedback & supportSeseorang, yang bukannya seorang pegawai polis, yang―
didapati ada dalam miliknya apa-apa peralatan yang telah dibekalkan kepada mana-mana pegawai polis untuk melaksanakan tugasnya, atau apa-apa pingat atau bintang penghormatan yang diberi kepada mana-mana pegawai polis kerana keberanian, perkhidmatan atau kelakuan baik, dan yang tidak dapat menerangkan dengan memuaskan bagaimana ia ada dalam miliknya, atau yang, tanpa kebenaran yang sah, membeli atau menerima apa-apa peralatan itu, pingat atau bintang penghormatan atau yang membantu atau bersubahat dengan mana-mana pegawai polis dalam menjual atau melupuskan apa-apa peralatan, pingat atau bintang penghormatan itu;
tanpa kebenaran yang sah membuat, menjual atau membekal, atau menawar untuk menjual atau membekal, suatu faksimile munasabah apa-apa lencana atau tanda yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu adalah anggota Pasukan atau mana-mana badan yang
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas-tugas polis di bawah Akta ini, atau suatu faksimile munasabah apa-apa lencana atau tanda yang digunakan untuk menunjuk pangkat seseorang anggota Pasukan atau seseorang anggota mana-mana badan yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas polis di bawah
Akta ini, atau suatu faksimile munasabah apa-apa pingat atau bintang penghormatan yang diberi kepada mana-mana pegawai polis kerana keberanian, perkhidmatan atau kelakuan baik atau yang membantu atau bersubahat dengan mana-mana orang yang membuat, menjual atau membekal faksimile itu; atau
tanpa kebenaran seorang Pegawai Memerintah, secara haram memakai, mengguna atau mempamerkan kecuali semasa mengadakan permainan pentas atau pertunjukan panggung lain, apa-apa pakaian seragam Pasukan atau apa-apa lencana atau tanda untuk menunjukkan yang dia seorang anggota Pasukan atau mana-mana badan lain yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini, atau apa-apa pakaian yang berupa atau mempunyai tanda tertentu pakaian seragam itu, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.