Seksyen 15
Kuasa untuk mengecualikan daripada kehendak bagi lesen
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
ActIn forceProvision 15 of 112
Seksyen 15
(1)
Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan seseorang daripada kehendak pelesenan di bawah seksyen 14 tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh
Menteri.
(2)
Seseorang yang dikecualikan daripada kehendak pelesenan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi kewajipan dan obligasi pemegang lesen seolah-olah orang itu ialah pemegang lesen di bawah Akta ini melainkan jika dinyatakan selainnya dalam perintah pengecualian itu.