Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian IV · Peruntukan Pelesenan

19. Pemberian atau keengganan memberikan lesen

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah seksyen 16, dan maklumat atau dokumen tambahan yang diberikan di bawah seksyen 17

dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan di bawah seksyen 18, memberikan lesen atau enggan memberikan lesen.

(2)

Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk memberikan lesen di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah—

(a)

menghendaki pemegang lesen itu membayar fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan; dan

(b)

mengenakan syarat yang difikirkannya patut.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 29

(3)

Syarat-syarat yang boleh dikenakan di bawah subseksyen (2)

termasuklah—

(a)

jenis, takat dan kekerapan perkhidmatan yang hendaklah disediakan oleh pemegang lesen;

(b)

tempoh lesen;

(c)

kawasan dan skim yang baginya pemegang lesen itu hendaklah menyediakan apa-apa perkhidmatan;

(d)

jenis sisa pepejal terkawal;

(e)

kemudahan pengurusan sisa pepejal yang kepadanya sisa pepejal yang dipungut dihantar;

(f)

kehendak untuk mendeposit apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan sebagai jaminan bagi penutupan selamat kemudahan pengurusan sisa pepejal;

(g)

fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh pemegang lesen, atau jika didapati suai manfaat oleh Ketua Pengarah, jumlah penuh fi lesen yang kena bayar oleh pemegang lesen bagi keseluruhan tempoh lesen itu; dan

(h)

hak dan kewajipan tertentu pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen itu.

(4)

Keputusan Ketua Pengarah untuk memberikan lesen atau tidak hendaklah disampaikan kepada pemohon melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan.

(5)

Notis bertulis oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (4)

hendaklah menyatakan—

(a)

dalam hal jika lesen diberikan, hakikat mengenai pemberian itu dan kehendak dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2); dan

(b)

dalam hal suatu keengganan untuk memberikan lesen, hakikat mengenai keengganan itu dan sebab bagi keengganan itu.

30

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian V

CAJ

Bahagian VI

Tribunal Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal

Bahagian VII

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian VIII

Kawalan ke Atas Penghasil Sisa Pepejal dan Orang yang Memiliki Sisa Pepejal Terkawal

Bahagian IX

Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian X

Pengurangan dan Mendapatkan Semula Sisa Pepejal Terkawal

Bahagian XI

Bahagian XII

Kecualian dan Peralihan