Skip to content

Seksyen 16

Permohonan bagi lesen

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 16 of 112
Seksyen 16
(1)

Mana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarah supaya suatu lesen diberikan kepadanya di bawah Akta ini dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada Perbadanan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Setiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 672