Skip to content

Seksyen 21

Kuasa untuk mengenakan syarat tambahan, mengubah atau membatalkan syarat

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 21 of 112
Seksyen 21
(1)

Ketua Pengarah boleh, atas syor Perbadanan, pada bila-bila masa—

(a)

mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas lesen itu;

atau

(b)

mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen itu.

(2)

Sebelum Ketua Pengarah membuat keputusan di bawah subseksyen (1), Perbadanan hendaklah memberikan kepada pemegang lesen itu—

(a)

suatu notis bertulis mengenai niat Ketua Pengarah berserta dengan suatu salinan draf mengenai pengenaan, perubahan atau pembatalan itu; dan

(b)

suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada tiga puluh hari.

(3)

Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Ketua

Pengarah hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Perbadanan, memutuskan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 31

sama ada untuk mengenakan syarat tambahan atau mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia ada atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.

(4)

Perbadanan hendaklah memberi pemegang lesen itu suatu notis bertulis mengenai keputusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3) secepat yang dapat dilaksanakan dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.