Skip to content

Seksyen 26

Pembaharuan lesen

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 26 of 112
Seksyen 26
(1)

Pemegang lesen boleh memohon untuk membaharui lesennya tidak lewat daripada satu tahun sebelum tarikh habis tempoh lesen yang sedia ada itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, tertakluk kepada pembayaran suatu penalti yang tidak melebihi tiga ribu ringgit, yang boleh dikenakan ke atas pemegang lesen, membenarkan permohonan untuk membaharui lesen dibuat selepas tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), tetapi tiada permohonan untuk pembaharuan boleh dibenarkan sekiranya permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh lesen itu.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah, atas syor Perbadanan, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membaharui lesen yang sedia ada melainkan dalam keadaan yang berikut:

(a)

pemegang lesen itu telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

pemegang lesen itu telah tidak mematuhi mana-mana syarat lesen itu;

(c)

pemegang lesen itu telah mendapatkan lesen itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;

(d)

pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 35

(e)

seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau

(f)

telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran pada pihak pemegang lesen itu atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen di bawah Akta ini.

(4)

Ketua Pengarah boleh meminta pemegang lesen itu untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki bagi permohonan pembaharuan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu.

(5)

Walau apa pun subseksyen (3), jika maklumat atau dokumen yang diminta di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemegang lesen itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan, Ketua Pengarah boleh tidak membaharui lesen itu.

(6)

Jika Ketua Pengarah enggan membaharui lesen itu, Ketua

Pengarah hendaklah memaklumkan pemegang lesen itu melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keengganannya untuk membaharui lesen itu.

(7)

Pemegang lesen itu hendaklah diberi peluang untuk membuat penghujahan bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (6)

yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari.

(8)

Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis di bawah subseksyen (7), Ketua Pengarah hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Perbadanan, memutuskan sama ada membaharui lesen itu atau tidak.

(9)

Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk tidak membaharui lesen itu, Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pemegang lesen secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keputusan itu dan alasan bagi keputusannya.

36

Undang-Undang Malaysia

Akta 672