Seksyen 27
Kesan pembatalan, penyerahan balik atau tidak membaharui lesen
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
ActIn forceProvision 27 of 112
Seksyen 27
Jika pembatalan suatu lesen di bawah seksyen 23 atau penyerahan balik suatu lesen di bawah seksyen 25 telah berkuat kuasa atau jika lesen itu tidak dibaharui di bawah seksyen 26, pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta berhenti menyediakan apa-apa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal atau mengendalikan apa-apa kemudahan sisa pepejal yang ditetapkan yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan.