Seksyen 17
Maklumat atau dokumen tambahan
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Perbadanan boleh, secara bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah seksyen 16, meminta pemohon memberikan kepada Perbadanan dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu maklumat atau dokumen tambahan mengenai permohonan itu.
(2)
Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Perbadanan, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi diteruskan, tetapi tanpa menyentuh hak pemohon membuat permohonan yang baru.