Skip to content

Seksyen 22

Pemindahmilikan lesen

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 22 of 112
Seksyen 22
(1)

Pemberian suatu lesen di bawah seksyen 19 hendaklah bersifat peribadi bagi pemegang lesen dan lesen itu tidak boleh diserahhakkan, disublesenkan atau dipindahmilikkan kepada mana-mana orang lain kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.

(2)

Pemegang lesen yang menyerahhakkan, mensublesenkan atau memindahmilikkan lesennya kepada mana-mana orang lain tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.