Skip to content

Seksyen 18

Syor oleh Perbadanan

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 18 of 112
Seksyen 18
(1)

Perbadanan hendaklah dalam tempoh enam puluh hari dari penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen 16(1), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Ketua Pengarah tentang sama ada lesen patut diberikan kepada pemohon atau tidak.

(2)

Syor bertulis Perbadanan hendaklah menyatakan sebab bagi syornya dan apa-apa syarat khas yang patut dikenakan ke atas pemohon jika Perbadanan mengesyorkan kepada Ketua Pengarah supaya lesen diberikan.