Skip to content

Seksyen 20

Pematuhan syarat lesen

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 20 of 112
Seksyen 20
(1)

Pemegang lesen hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah ke atas lesen itu.

(2)

Pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat suatu lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.