Skip to content

Seksyen 28

Daftar lesen

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 28 of 112
Seksyen 28
(1)

Ketua Pengarah hendaklah menyenggarakan suatu daftar lesen yang diberikan di bawah Akta ini yang mengandungi—

(a)

nama dan alamat pemegang lesen; dan

(b)

apa-apa butir lain yang difikirkan perlu oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Daftar itu hendaklah dijadikan tersedia untuk diperiksa semasa waktu pejabat.

(3)

Mana-mana orang boleh, atas permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, diberikan salinan atau cabutan daripada sesuatu catatan dalam daftar itu.

(4)

Suatu salinan atau cabutan daripada sesuatu catatan dalam daftar itu yang berupa sebagai diperakui di bawah tandatangan

Ketua Pengarah hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, diterima dalam keterangan sebagai bukti catatan yang dinyatakan dalam daftar itu.