Seksyen 58
Rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi atas persoalan undang-undang
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Sebelum Tribunal membuat sesuatu award di bawah seksyen 57, Tribunal boleh, mengikut budi bicaranya, merujukkan kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi sesuatu persoalan undang-undang—
(a)
yang berbangkit semasa prosiding;
(b)
yang, pada pendapat Tribunal, adalah cukup penting untuk mewajarkan rujukan itu; dan
(c)
yang penentuannya oleh Tribunal menimbulkan, pada pendapat Tribunal, keraguan yang mencukupi untuk mewajarkan rujukan itu.
(2)
Jika Tribunal merujukkan apa-apa persoalan undang-undang di bawah subseksyen (1) bagi keputusan Hakim Mahkamah
Tinggi, Tribunal hendaklah membuat awardnya dengan menepati keputusan itu.
(3)
Peguam Persekutuan yang diberi kuasa oleh Peguam
Negara bagi maksud itu boleh hadir bagi pihak Tribunal dalam apa-apa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini.