Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XIII · Langkah-Langkah Sempadan

85. Notis

Feedback & support
(1)

Dengan seberapa segera yang semunasabahnya dapat dilaksanakan selepas barang-barang yang melanggar itu disita di bawah seksyen 82, pegawai diberi kuasa itu hendaklah memberi kepada Pendaftar, pengimport dan pemohon, sama ada dengan sendiri atau melalui pos berdaftar, suatu notis bertulis yang mengenal pasti barang-barang yang melanggar itu, yang menyatakan bahawa barang-barang itu telah disita dan tempat barang-barang itu berada.

(2)

Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah juga menyatakan bahawa barang-barang yang melanggar itu akan dilepaskan kepada pengimport melainkan jika suatu tindakan bagi pelanggaran berkenaan dengan barang-barang itu dimulakan oleh

Cap Dagangan 93

pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dari tarikh notis itu.

(3)

Jika pada masa notis itu diterima suatu tindakan bagi pelanggaran telah dimulakan oleh pemohon, pemohon itu hendaklah memberitahu Pendaftar akan hakikat itu mengikut bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(4)

Pemohon boleh, melalui notis bertulis yang diberikan kepada

Pendaftar sebelum tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis

(tempoh permulaan itu), meminta supaya tempoh itu dilanjutkan.

(5)

Tertakluk pada subseksyen (6), Pendaftar boleh melanjutkan tempoh permulaan apabila suatu permintaan dibuat mengikut subseksyen (4) jika Pendaftar berpuas hati bahawa adalah munasabah untuk membenarkan permintaan itu.

(6)

Suatu keputusan mengenai permintaan yang dibuat mengikut subseksyen (4) hendaklah dibuat dalam masa dua hari bekerja selepas permintaan itu dibuat, tetapi keputusan itu tidak boleh dibuat selepas tamatnya tempoh permulaan yang dengannya permintaan itu berkaitan.

Pemeriksaan, pelepasan dsb., barang-barang yang disita

Report

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules