Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XIII · Langkah-Langkah Sempadan

93. Tindakan ex-officio

Feedback & support
(1)

Berdasarkan keterangan prima facie, mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menahan atau menggantung pelepasan barang-barang yang mempunyai, tanpa kebenaran, cap dagangan yang serupa dengan cap dagangan berdaftar dan barang-barang itu serupa dengan barang-barang cap dagangan berdaftar, yang akan diimport atau dalam perjalanan bagi eksport.

(2)

Jika barang-barang itu telah ditahan, pegawai diberi kuasa itu—

(a)

hendaklah memaklumkan Pendaftar, pengimport dan tuan punya berdaftar; dan

(b)

boleh pada bila-bila masa meminta daripada tuan punya berdaftar itu apa-apa maklumat yang boleh

98

Undang-Undang Malaysia membantunya untuk menjalankan kuasanya.

(3)

Tertakluk pada seksyen 88, seseorang pengimport boleh mengemukakan suatu rayuan kepada Ketua Pengarah di bawah

Akta Kastam 1967 terhadap penahanan barang-barang atau penggantungan pelepasan barang-barang di bawah subseksyen (1).

(4)

Pegawai diberi kuasa hanya boleh dikecualikan daripada liabiliti jika tindakannya di bawah subseksyen (1) dilakukan dengan suci hati.

(5)

Dalam perjalanan bagi eksport yang disebut dalam subseksyen (1) ertinya barang-barang yang dieksport dari Malaysia ke negara lain melalui apa-apa cara pengangkutan.

Report

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules