Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XIII · Langkah-Langkah Sempadan
89. Pampasan kerana tidak mengambil tindakan
Feedback & support(1)
Jika barang-barang telah disita menurut suatu notis yang diberikan di bawah seksyen 82 dan pemohon tidak mengambil tindakan bagi pelanggaran dalam tempoh simpanan, seseorang yang terkilan dengan penyitaan itu boleh memohon kepada
Mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah pampasan terhadap pemohon.
(2)
Jika Mahkamah berpuas hati bahawa orang yang terkilan itu telah menanggung kerugian atau kerosakan akibat daripada penyitaan barang-barang itu, Mahkamah boleh memerintahkan pemohon untuk membayar pampasan dalam apa-apa amaun sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah kepada orang yang terkilan itu.
96
Undang-Undang Malaysia