Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XIII · Langkah-Langkah Sempadan

88. Pelepasan wajib barang-barang yang disita kepada pengimport

Feedback & support
(1)

Pendaftar hendaklah melepaskan barang-barang yang disita kepada pengimport apabila habis tempoh simpanan bagi barang-barang itu jika pemohon—

Cap Dagangan 95

(a)

tidak memulakan tindakan bagi pelanggaran berhubung dengan barang-barang itu; dan

(b)

tidak memberikan notis bertulis kepada Pendaftar yang menyatakan bahawa tindakan bagi pelanggaran itu telah dimulakan.

(2)

Jika—

(a)

suatu tindakan bagi pelanggaran telah dimulakan berhubung dengan barang-barang yang disita itu; dan

(b)

pada akhir tempoh tiga puluh hari bermula pada hari tindakan bagi pelanggaran itu dimulakan, tidak boleh berkuat kuasanya suatu perintah Mahkamah yang di hadapannya tindakan itu dimulakan yang menghalang pelepasan barang-barang itu,

Pendaftar hendaklah melepaskan barang-barang itu kepada pengimport.

(3)

Jika pemohon memberikan suatu notis bertulis kepada

Pendaftar yang menyatakan bahawa dia mengizinkan pelepasan barang-barang yang disita itu, Pendaftar hendaklah melepaskan barang-barang itu kepada pengimport.

Report

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules