/akn/my/act/act/2001/614

*AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2001
Last amended
2015
Sections
54
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 is Malaysia Act, cited as Act 614 2001, currently marked in force and first recorded in 2001.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [16 April 2002, P.U. (B) 127/2002] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

“anggota” ertinya anggota Suruhanjaya dan termasuklah Pengerusi;

“entiti perniagaan” ertinya—

(a)

dalam hal Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], mana-mana pemilik tunggal atau perkongsian;

Suggest a correction

(b)

dalam hal Akta Syarikat 1965 [Akta 125], syarikat, perbadanan atau syarikat asing; dan

Suggest a correction

(c)

dalam hal Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

[Akta 743], perkongsian liabiliti terhad atau perkongsian liabiliti terhad asing;

“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Keterangan 1950 [Akta 56];

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada yang sebenar, kontingen atau dijangka;

“harta” termasuklah segala harta, alih dan tak alih, dan segala hak harta, kepentingan, isemen atau hak, sama ada dari segi ekuiti atau di sisi undang-undang mengenai, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;

“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 19;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi sama ada pada masa kini atau pada masa

CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p.

31 Januari 2017.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 9

hadapan, yang sebenar atau kontingen, dan sama ada yang kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendaftaran syarikat, syarikat amanah, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen 20A(1);

“Pendaftar Perniagaan” ertinya Pendaftar Perniagaan di bawah Akta

Pendaftaran Perniagaan 1956;

“Pendaftar Syarikat” ertinya Pendaftar Syarikat di bawah Akta

Syarikat 1965;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 6;

“perbadanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

*Akta Syarikat 1965;

“perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;

“perniagaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Pendaftaran Perniagaan 1956;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam *Akta

Syarikat 1965;

“tarikh letak hak” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1), yang kepadanya Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat dan Pendaftar

 CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

m.b.p. 31 Januari 2017.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Perniagaan berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;

“terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah mempunyai hak mengenai harta pada masa hadapan atau yang kontingen dan hak perkembalian dan baki.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang didapatinya patut—

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

Suggest a correction

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau menjalankan apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Suruhanjaya.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 11

Peruntukan peletakhakan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1)

pada Suruhanjaya hendaklah terletak hak sedemikian pada

Suruhanjaya dengan hakmilik, hak harta atau kepentingan yang sama dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak itu.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Suruhanjaya boleh, pada dan selepas tarikh letak hak itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh

Suruhanjaya atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi

Suruhanjaya, Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar

Perniagaan memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Suruhanjaya boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh

Suruhanjaya atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi

Suruhanjaya, Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar

Perniagaan memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar

Perniagaan yang berhubung dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, diteruskan oleh atau terhadap Suruhanjaya.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Suggest a correction

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada Suruhanjaya pada tarikh letak hak, Suruhanjaya boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak lain mengenai hak dan liabiliti itu.

Suggest a correction

(7)

Pada dan selepas tarikh letak hak, mana-mana perjanjian berhubung dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya di bawah subseksyen (1)

yang Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh letak hak, sama ada bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian jenisnya sehingga hak dan liabiliti di bawah perjanjian itu boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Suruhanjaya menjadi pihak kepada perjanjian itu.

Meterai perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.

Suggest a correction

(3)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan yang disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Suggest a correction

(4)

Meterai perbadanan bagi Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 13

Keanggotaan Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(c)

tidak lebih daripada tiga orang daripada perkhidmatan awam; dan

Suggest a correction

(d)

tidak lebih daripada empat orang yang merupakan orang berkelayakan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta

Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] atau orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang berkaitan dalam perkara komersial atau syarikat.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai pemangku

Pengerusi bagi tempoh apabila—

(b)

Pengerusi tidak hadir melaksanakan kewajipannya atau tiada di Malaysia; atau

Suggest a correction

(c)

Pengerusi, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.

Tempoh jawatan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Seksyen 8

Pembatalan dan peletakan jawatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota boleh meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 9

Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi kosong—

Open as pageSuggest a correction

(b)

jika dia telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada empat bulan;

Suggest a correction

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; atau

Suggest a correction

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal

Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri.

Saraan atau elaun

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Anggota Suruhanjaya dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian

Suruhanjaya di bawah seksyen 13 boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yang ditentukan oleh Menteri.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 15

Seksyen 11

Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah—

(a)

orang berkelayakan sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Profesion Undang-Undang 1976; atau

Suggest a correction

(b)

mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang berkaitan dalam perkara komersial atau syarikat.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran harian Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua

Pegawai Eksekutif sebagaimana yang perlu dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian.

Suggest a correction

(5)

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pegawai Eksekutif dan boleh melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(6)

Menteri boleh melantik mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (4) atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk bertindak sebagai pemangku Ketua

Pegawai Eksekutif bagi tempoh apabila—

(b)

Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Mesyuarat

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(3)

Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh

Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Suggest a correction

(4)

Jika Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, mana-mana anggota Suruhanjaya selain

Ketua Pegawai Eksekutif boleh dilantik oleh anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.

Suggest a correction

(5)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Suruhanjaya hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

Suruhanjaya boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian

Suruhanjaya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

Seksyen 14

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat berkenaan dengan pelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Penzahiran kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 15

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

Suggest a correction

(b)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Suggest a correction

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota

Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“anggota keluarga”, berhubung dengan seseorang anggota

Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa, termasuklah—

Suggest a correction

(i)

suami atau isterinya;

(ii)

ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);

Suggest a correction

(iii)

anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

Suggest a correction

(iv)

adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan

Suggest a correction

(b)

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota

Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa, ertinya—

Suggest a correction

(i)

mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(ii)

mana-mana firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;

Suggest a correction

(iv)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seseorang anggota keluarganya menjadi benefisiarinya; atau

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 19

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta

Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya menjadi pengarahnya atau mempunyai kepentingan kawalan atau syer yang jumlah nilainya tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah modal diterbitkan perbadanan itu.

Minit

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding, boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu dan tiap-tiap mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 17

Fungsi Suruhanjaya adalah—

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;

 CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

m.b.p. 31 Januari 2017.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Suggest a correction

(b)

untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbirkan, memungut dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau apa-apa caj lain di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

Suggest a correction

(c)

untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

Suggest a correction

(d)

untuk mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya di kalangan pengarah, setiausaha, pengurus dan pegawai lain sesuatu perbadanan, dan pengawalseliaan diri oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan perindustrian dan badan ikhtisas dalam sektor korporat demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat dan perniagaan dijalankan mengikut norma yang telah mantap mengenai pentadbiran korporat yang baik dan untuk merangsang dan untuk menggalakkan tanggungjawab korporat dan kemampanan perniagaan;

Suggest a correction

(e)

untuk meningkatkan dan menggalakkan pembekalan maklumat korporat di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan untuk mewujudkan dan membangunkan suatu kemudahan yang dengannya apa-apa maklumat korporat yang diterima oleh, atau yang difailkan dengan atau yang dikemukakan kepada,

Suruhanjaya dapat dianalisis dan dibekalkan kepada orang ramai;

Suggest a correction

(f)

untuk menjalankan penyelidikan dan mengkomisikan kajian mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan kegiatan korporat dan perniagaan;

Suggest a correction

(g)

untuk menasihati Menteri secara am mengenai perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; dan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 21

Suggest a correction

(h)

untuk menjalankan segala kegiatan dan melakukan segala perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi pentadbiran Suruhanjaya, atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Kuasa Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(1)

, kuasa

Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk menggunakan segala harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang didapati suai manfaat oleh

Suruhanjaya termasuk mendapatkan pinjaman dengan menggadaijanjikan harta itu;

Suggest a correction

(b)

untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 40;

Suggest a correction

(c)

untuk melantik ejen, pakar atau perunding sebagaimana yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam menjalankan fungsinya;

Suggest a correction

(d)

untuk memberikan pinjaman kepada pekerja Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;

Suggest a correction

(e)

untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan rancangan pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya dengan sepatutnya dan berkesan;

(ea) untuk membuat, menjalankan dan melaksanakan program pendidikan dan latihan yang berhubungan dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(eb) untuk memberikan dan membaharui lesen di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama;

Suggest a correction

(f)

untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi Suruhanjaya; dan

Suggest a correction

(g)

untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Suggest a correction

(4)

Bagi mengelakkan keraguan diisytiharkan bahawa kuasa

Suruhanjaya tidaklah termasuk kuasa Ketua Pegawai Eksekutif sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Suruhanjaya atau mana-mana orang lain sebagaimana yang didapati patut oleh

Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Orang yang hilang kelayakan untuk menjadi anggota

Suruhanjaya di bawah seksyen 9 adalah juga hilang kelayakan untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(4)

Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 23

Suggest a correction

(5)

Suruhanjaya boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Suggest a correction

(6)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi.

Suggest a correction

(7)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh melantik mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri, dan pada menjalankan kuasanya jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh

Suruhanjaya.

Suggest a correction

(8)

Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(9)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa, tertakluk kepada subseksyen (7).

Pewakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(b)

suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya;

Suggest a correction

(d)

mana-mana

Timbalan

Ketua

Pegawai

Eksekutif

Suruhanjaya;

Suggest a correction

(f)

mana-mana pekerja Suruhanjaya.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian hendaklah mematuhi semua syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak

Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang

Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.

BAHAGIAN IIIA

FUNGSI DAN KUASA PENDAFTAR

Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar

Suggest a correction

Seksyen 20A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan

Pendaftar, Penolong Pendaftar atau pekerja lain, daripada kalangan orang dalam penggajian Suruhanjaya, bagi pelaksanaan yang sepatutnya undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atas terma dan syarat yang ditentukannya dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Pendaftar dan apa-apa sekatan dan batasan yang ditetapkan, apa-apa jua oleh Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang dilantik atau dibenarkan atau dikehendaki untuk dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana

Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar dan adalah sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 25

Mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman akan meterai, dsb. Pendaftar, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 20B

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman akan meterai dan tandatangan Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong

Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

BAHAGIAN IIIB

PENGELUARAN GARIS PANDUAN, NOTA AMALAN, DSB.

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, nota amalan, dsb.

Seksyen 20C

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang kepadanya garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang disebut dalam subseksyen (1) terpakai hendaklah mematuhi dan melaksanakan garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling itu.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Kuasa untuk menyiarkan maklumat

Suggest a correction

Seksyen 20D

Open as pageSuggest a correction

(a)

pemberian, peluputan, pembaharuan, pembatalan atau penggantungan lesen, kelulusan atau pengecualian, di

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana orang;

Suggest a correction

(b)

pengenaan syarat atau sekatan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana orang;

Suggest a correction

(c)

apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 20E;

Suggest a correction

(d)

suatu perintah oleh Mahkamah berhubung dengan kehilangan kelayakan pengarah;

Suggest a correction

(e)

pengkompaunan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang

Malaysia atau mana-mana wilayah atau negara di luar

Malaysia;

Suggest a correction

(f)

apa-apa prosiding sivil atau jenayah yang dibawa terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau mana-mana wilayah atau negara di luar Malaysia, termasuklah keputusan prosiding itu; atau

Suggest a correction

(g)

apa-apa maklumat lain yang difikirkan sesuai oleh

Suruhanjaya atau Pendaftar demi kepentingan awam atau perlindungan pemegang syer.

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya atau Pendaftar tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat yang diperoleh daripada borang atau pulangan yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan Pendaftar di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Kuasa untuk mengambil tindakan

Suggest a correction

Seksyen 20E

Open as pageSuggest a correction

(a)

dia tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 27

Suggest a correction

(b)

dia tidak mematuhi atau melaksanakan apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20C; atau

Suggest a correction

(c)

dia tidak mematuhi atau melaksanakan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah seksyen 20C.

Suggest a correction

(2)

Jika seseorang itu telah melakukan suatu pelanggaran dan

Suruhanjaya atau Pendaftar berpuas hati bahawa adalah sesuai dalam semua hal keadaan untuk mengambil tindakan terhadap orang itu,

Suruhanjaya atau Pendaftar boleh mengambil mana-mana satu atau lebih tindakan yang berikut:

(a)

mengarahkan orang itu untuk mematuhi atau melaksanakan peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, garis panduan, nota amalan, notis, pekeliling, syarat atau sekatan itu;

Suggest a correction

(b)

mengenakan penalti pentadbiran, yang sepadan dengan seriusnya atau beratnya pelanggaran itu, tetapi dalam apa jua keadaan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit;

Suggest a correction

(d)

mengarahkan orang itu untuk mengambil langkah yang perlu untuk meremedi pelanggaran itu atau mengurangkan kesan pelanggaran itu, termasuklah membuat restitusi kepada mana-mana orang yang terkilan oleh pelanggaran itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya atau Pendaftar hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada orang yang telah melakukan pelanggaran tentang niatnya untuk mengambil tindakan di bawah subseksyen (2) dan hendaklah memberi orang itu peluang untuk didengari.

Suggest a correction

(4)

Jika orang itu tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh

Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah perenggan (2)(a) dan (d),

Suruhanjaya atau Pendaftar boleh memohon kepada Mahkamah bagi satu atau lebih perintah yang berikut:

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(a)

suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh Pendaftar;

Suggest a correction

(b)

suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk membayar apa-apa kos yang ditanggung oleh Pendaftar atau mana-mana orang lain disebabkan oleh ketidakpatuhan arahan yang diberikan oleh Pendaftar, yang timbul daripada ketidakpatuhan arahan itu; atau

Suggest a correction

(c)

apa-apa perintah lain yang difikirkan sesuai oleh

Mahkamah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika seseorang tidak membayar penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah perenggan (2)(b), penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar itu boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud perenggan (2)(d), dalam menentukan sama ada atau tidak restitusi kena dibuat oleh orang itu, Suruhanjaya atau

Pendaftar hendaklah memberi perhatian kepada—

(a)

keuntungan yang telah terakru kepada orang itu; atau

Suggest a correction

(b)

sama ada satu atau lebih orang telah mengalami kerugian atau selainnya terjejas akibat daripada pelanggaran itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan perjalanan mana-mana seksyen yang mengenakan hukuman ke atas mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kegagalan di bawah subseksyen (1), mahupun apa-apa kuasa yang Suruhanjaya, Pendaftar, mana-mana orang lain atau Mahkamah ada di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 29

Suggest a correction

Bahagian IIIC

BAHAGIAN IIIC

PELESENAN

Suggest a correction

Kuasa untuk memberikan dan membaharui lesen

Seksyen 20F

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan dan membaharui lesen bagi apa-apa perkara yang perlu dilesenkan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Seksyen 20G

Permohonan bagi pemberian dan pembaharuan lesen

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam bentuk dan cara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya;

dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal pembaharuan lesen, dibuat tidak lewat daripada tiga puluh hari, atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya, sebelum habis tempoh lesen itu.

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh menghendaki pemohon untuk mengemukakan maklumat atau dokumen yang difikirkan perlu oleh

Suruhanjaya berhubung dengan permohonan itu.

Suggest a correction

(3)

Permohonan bagi pemberian atau pembaharuan lesen hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan yang hendaklah dibayar mengikut cara yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Suruhanjaya boleh memberikan atau membaharui lesen itu jika

Suruhanjaya berpendapat bahawa pemohon ialah seorang yang layak dan sesuai untuk memegang lesen itu, selepas mempertimbangkan yang berikut:

(b)

kepentingan awam; dan 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Suggest a correction

(c)

sama ada pemohon sebelum ini telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Tiap-tiap lesen yang diberikan atau diperbaharui di bawah seksyen ini adalah sah bagi tempoh tiga tahun dari tarikh pengeluaran atau pembaharuan lesen itu melainkan jika—

(b)

terlebih dahulu dibatalkan oleh Suruhanjaya.

Penggantungan lesen

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 20H

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh menggantung lesen yang diberikan kepada mana-mana orang jika terdapat suatu tindakan terhadap orang itu untuk menentukan—

(a)

jika terdapat pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah

Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama; atau

Suggest a correction

(b)

jika terdapat pelanggaran apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan berhubung dengan pengeluaran lesen itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang yang lesennya telah digantung di bawah subseksyen (1)

hendaklah disifatkan seolah-olah dia tidak diberikan lesen dalam tempoh penggantungan itu bagi maksud Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Pembatalan lesen

Suggest a correction

Seksyen 20I

Open as pageSuggest a correction

(a)

pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

Suggest a correction

(b)

pensabitan atas kesalahan di bawah mana-mana undang-undang lain di Malaysia;

Suggest a correction

(c)

pelanggaran apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan berhubung dengan pengeluaran lesen itu;

Suggest a correction

(e)

orang yang telah dilesenkan itu tidak atau berhenti menjalankan perkhidmatan atau aktiviti yang berkaitan dengan lesen itu.

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya tidak boleh membatalkan lesen melainkan jika orang yang dilesenkan itu telah diberi peluang untuk didengari.

Penyerahan lesen

Suggest a correction

Seksyen 20J

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penyerahan lesen tidak boleh berkuat kuasa sehingga

Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk memenuhi semua liabiliti dan obligasi orang yang dilesenkan itu yang masih belum diselesaikan pada masa notis penyerahan itu diberikan oleh orang yang dilesenkan itu.

Suggest a correction

(3)

Penyerahan lesen yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh berfungsi untuk mengelak atau menjejaskan apa-apa liabiliti atau obligasi yang timbul daripada apa-apa perjanjian, kontrak, transaksi atau perkiraan yang berhubungan dengan perkhidmatan atau aktiviti yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan itu oleh sebab pemegangan lesen itu.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PEKERJA

Suggest a correction

Mengambil kerja pekerja Kerajaan

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Suruhanjaya hendaklah diambil kerja oleh Suruhanjaya atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan oleh Suruhanjaya, skim dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja

Kerajaan hendaklah terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada skim dan terma dan syarat yang disebut dalam subseksyen (3) bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.

Pelantikan pekerja lain, ejen dan perunding

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh melantik dan mengambil kerja ejen dan perunding untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan penggajian

Suggest a correction

Seksyen 23

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi—

(a)

cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja

Suruhanjaya; dan

Suggest a correction

(b)

pembayaran ganjaran, pencen dan faedah lain kepada pekerja Suruhanjaya.

Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh sesuatu pihak berkuasa tatatertib Suruhanjaya menurut seksyen ini hendaklah berkenaan dengan pekerja sedemikian mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dengan perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak Berkuasa

Tatatertib, Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan Tatatertib,

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Suggest a correction

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1)

dalam pemakaiannya kepada pekerja sedemikian bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.

Perlindungan daripada liabiliti diri

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Tiada guaman atau prosiding undang-undang lain boleh dibawa terhadap diri Suruhanjaya, Pendaftar, mana-mana anggota atau pekerja

Suruhanjaya, pegawai awam atau mana-mana orang lain bagi apa-apa yang dilakukan atau dimaksudkan untuk dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan atau yang berupa sebagai pelaksanaan Akta ini atau mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Seksyen 26

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Suruhanjaya semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 27

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya atau mana-mana pekerja atau ejen

Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu atau atas sifat pegawai yang diperihalkan dalam undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 35

BAHAGIAN IVA

PERUNTUKAN PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN

Seksyen 27A

Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukannya pengurangannya.

Seksyen 27B

Kuasa untuk menghendaki maklumat

Open as pageSuggest a correction

(a)

mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

atau

Suggest a correction

(b)

berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang

Pendaftar mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pendaftar di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Suggest a correction

(2)

Perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang itu—

(b)

untuk mengemukakan kepada Pendaftar apa-apa dokumen itu, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik;

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Suggest a correction

(c)

untuk membuat salinan apa-apa dokumen itu dan untuk mengemukakan salinan itu kepada Pendaftar;

Suggest a correction

(d)

jika orang itu ialah seorang individu, untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik;

Suggest a correction

(e)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan seorang pegawai yang berwibawa daripada pertubuhan perbadanan atau badan awam itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik; atau

Suggest a correction

(f)

jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan

Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang yang diperintahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki dalam masa yang dinyatakan dalam perintah atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar; dan

Suggest a correction

(b)

memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan hendaklah memberikan suatu representasi bagi maksud itu,

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 37

termasuklah suatu representasi bahawa dia tidak mengetahui tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Seseorang yang tidak mematuhi perintah Pendaftar di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan

Suggest a correction

Seksyen 27C

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, Pendaftar boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh

Pendaftar di bawah seksyen ini; atau

Suggest a correction

(b)

menggalang, mengugut, mengganggu, mengacau atau menghalang Pendaftar semasa menjalankan apa-apa kuasa di bawah seksyen ini,

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk menyiasat

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 27D

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan, berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20C, jika terdapat sebab untuk mengesyaki bahawa—

(a)

suatu kesalahan atau pelanggaran telah dilakukan;

Suggest a correction

(b)

terdapat percubaan untuk melakukan suatu kesalahan atau pelanggaran; atau

Suggest a correction

(c)

terdapat komplot untuk melakukan suatu kesalahan atau pelanggaran, berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama, atau pelanggaran apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20C.

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

Suggest a correction

Seksyen 27E

Open as pageSuggest a correction

Menurut waran penggeledahan dan penyitaan yang dikeluarkan oleh Majistret di bawah Kanun Tatacara Jenayah, jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau benda yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, Pendaftar hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau benda di dalam premis itu atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 39

Seksyen 27F

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Open as pageSuggest a correction

Jika Pendaftar berpuas hati, atas maklumat yang diterima, bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah daripada Majistret di bawah Kanun Tatacara Jenayah penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, Pendaftar boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 56 Kanun Tatacara Jenayah dengan sepenuhnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Seksyen 27G

Senarai benda yang disita

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, Pendaftar hendaklah bilamana mungkin menampal senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Pelepasan benda yang disita

Suggest a correction

Seksyen 27H

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar mahupun Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Pendaftar tidak bertanggungjawab kepada apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu telah dibuat dengan niat baik.

Suggest a correction

(3)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh Pendaftar yang membuat pelepasan mana-mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda di bawah subseksyen (1)

yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan kepada Ketua Polis Negara dalam masa tujuh hari dari pelepasan itu.

Kos atau ganti rugi yang timbul daripada penyitaan tidak boleh didapatkan balik

Suggest a correction

Seksyen 27I

Tiada seorang pun boleh, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah berkenaan dengan apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita dalam penjalanan atau berupa sebagai penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Seksyen 27J

Penyerahan dokumen perjalanan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1)

disampaikan hendaklah mematuhi notis itu dengan serta-merta, jika gagal berbuat demikian, dia boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan

Majistret.

Suggest a correction

(3)

Jika seseorang dibawa ke hadapan Majistret di bawah subseksyen (2), Majistret itu hendaklah, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati

Majistret bahawa dia tidak memiliki dokumen perjalanan, dengan waran memasukkannya ke penjara—

(a)

sehingga tamat tempoh empat belas hari dari tarikh pengkomitannya; atau

Suggest a correction

(b)

sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang bermaksud bahawa orang itu telah mematuhi notis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi waran yang mencukupi untuk Penguasa Penjara melepaskan orang itu.

Suggest a correction

(5)

Pendaftar boleh melalui notis yang dikeluarkan kepada mana-mana pegawai imigresen, meminta agar mana-mana orang yang menjadi subjek atau berkaitan dengan penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama, dihalang daripada meninggalkan Malaysia.

(6)

Pegawai imigresen, apabila diberitahu mengenai permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (5), boleh menghendaki orang yang merupakan subjek atau berkaitan dengan penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, untuk menyerahkan pasport atau apa-apa dokumen perjalanan lain dalam milikannya kepada pegawai imigresen.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(7)

Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, “pegawai imigresen” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63

[Akta 155].

BAHAGIAN V

KEWANGAN

Kumpulan Wang

28. (1) Suatu Kumpulan Wang bagi maksud Akta ini, yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya, ditubuhkan.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

segala wang yang diterima oleh Suruhanjaya bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada

Kerajaan atau bagi perkhidmatan yang diberikan oleh

Suruhanjaya kepada mana-mana orang;

(b)

segala wang yang diterima oleh Suruhanjaya melalui pemberian;

(c)

segala wang yang diperoleh daripada pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain tentang, apa-apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Suruhanjaya;

(d)

segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Suruhanjaya;

(e)

segala wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya di bawah

Akta ini; dan

(f)

segala wang lain yang diterima dengan sah oleh

Suruhanjaya.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 43

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang

29. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Suruhanjaya, termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos yang lain, dan saraan pekerja Suruhanjaya, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(b)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh

Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(c)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(d)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

(e)

secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Penyediaan anggaran

30. (1) Perbelanjaan Suruhanjaya setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Suruhanjaya bagi mana-mana satu tahun kewangan hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum permulaan setiap tahun kewangan, suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun kewangan yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri hendaklah dikemukakan oleh Suruhanjaya kepada Menteri untuk kelulusannya, dan Menteri hendaklah, sebelum

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

permulaan tahun kewangan yang berikutnya, memberitahu

Suruhanjaya tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau tentang amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(3)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kewangan dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Pemeliharaan Kumpulan Wang

31. Maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk memelihara

Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Suruhanjaya adalah mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Akaun dan laporan

32. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan yang sepatutnya mengenai kegiatannya dan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan—

(a)

suatu penyata akaun Suruhanjaya yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

(b)

pernyataan mengenai kegiatannya, bagi tahun kewangan itu.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 45

(2)

Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis

Parlimen.

(3)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.

Kuasa untuk meminjam

33. (1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan terlebih dahulu Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Suruhanjaya bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri, meminjam wang dengan menerbitkan bon, debentur, saham debentur atau apa-apa sekuriti lain atas apa-apa terma yang didapatinya suai manfaat bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

Pelaburan

34. Wang Suruhanjaya boleh, setakat yang wang itu tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang didapati patut oleh

Suruhanjaya.

Bayaran kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan

35. (1) Suruhanjaya hendaklah membayar kepada Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan suatu amaun yang tidak melebihi tiga puluh

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

peratus daripada lebihan tahunan semasa Suruhanjaya pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Menteri

Kewangan.

(2)

Menteri Kewangan setelah berunding dengan Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah peratusan dalam subseksyen (1).

BAHAGIAN VI

AM

Pemulaan pendakwaan

36. Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan izin secara bertulis daripada

Pendakwa Raya.

Pewakilan dalam prosiding sivil

37. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa oleh Pengerusi bagi pihak Suruhanjaya, boleh memulakan, hadir dalam dan menjalankan prosiding dan boleh membuat dan memasukkan semua kehadiran, perbuatan dan permohonan berkenaan dengan apa-apa prosiding sivil itu oleh atau terhadap Suruhanjaya atau mana-mana orang yang memegang jawatan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam melaksanakan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Penyampaian dokumen, notis, dsb.

37A. Bagi maksud Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, apa-apa notis, surat atau dokumen hendaklah disifatkan telah disampaikan, jika—

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 47

(a)

notis, surat atau dokumen itu ditinggalkan atau dihantar melalui pos biasa atau berdaftar—

(i)

dalam hal entiti perniagaan, ke pejabat berdaftar yang terakhir diketahui atau tempat utama perniagaan berdaftarnya mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(ii)

dalam hal seorang individu, ke alamat terakhirnya yang diketahui; atau

(b)

notis, surat atau dokumen itu dihantar secara elektronik ke alamat atau nombor yang diberikan oleh entiti bagi maksud ini.

Nilai keterangan dokumen yang dikeluarkan atas nama Ketua

Pegawai Eksekutif atau Pendaftar

37B. Mana-mana perakuan, notis atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan, disampaikan atau diberikan oleh Ketua Pegawai

Eksekutif atau Pendaftar atau pegawai yang diberi kuasa sewajarnya sama ada oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Pendaftar, menurut Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, hendaklah ditentusahkan secukupnya jika nama Ketua Pegawai

Eksekutif atau Pendaftar atau pegawai diberi kuasa dicetak, dicap atau selainnya ditulis padanya mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua

Pegawai Eksekutif atau Pendaftar, dan hendaklah, dalam mana-mana prosiding boleh diterima sebagai keterangan prima facie.

Kewajipan kerahsiaan

38. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai, pekerja atau ejen Suruhanjaya, sama ada dalam tempoh pemegangan jawatannya atau tempoh penggajiannya atau selepas itu, dan tiada orang lain yang mempunyai akses dengan apa-apa jua cara kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Suruhanjaya boleh memberikan atau selainnya mendedahkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pengkompaunan kesalahan

38A. (1) Pendaftar boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa

Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pendaftar suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan ke atasnya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh

Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita di bawah Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pendaftar, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat-syarat kompaun.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 49

(4)

Segala wang yang diterima oleh Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 28.

(5)

Berhubung dengan kesalahan yang boleh dikompaun di bawah subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

38B. (1) Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama, mana-mana orang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pekongsi, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(2)

Jika mana-mana orang di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti untuk perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam melaksanakan pekerjaannya;

(b)

oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam perjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.

Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod

38C. Seseorang yang—

(a)

memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau

(b)

menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar ke luar Malaysia, apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda yang disimpan atau disenggarakan dengan niat untuk memfraud

Suruhanjaya atau Pendaftar atau untuk menghalang, melengahkan atau menggalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan mana-mana kuasa oleh Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 51

Pemberian maklumat

38D. (1) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika—

(a)

dia mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa Suruhanjaya atau Pendaftar sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau

(b)

dia mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan bagi seorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam perjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

(b)

kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau

(b)

dia mempunyai kuasa sah atau alasan yang munasabah untuk membuat penzahiran itu.

Rayuan

38E. (1) Melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, mana-mana orang yang terkilan dengan—

(a)

keengganan Suruhanjaya atau Pendaftar untuk mendaftar atau menerima apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh

Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama; atau

(b)

apa-apa tindakan atau keputusan Suruhanjaya atau

Pendaftar di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, boleh merayu kepada Menteri secara bertulis dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu tentang keputusan Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Jika rayuan dibuat di bawah subseksyen (1), keputusan

Suruhanjaya tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan oleh Menteri.

(3)

Dalam sesuatu rayuan,

Menteri boleh mengesahkan, mengubah, mengetepikan keputusan Suruhanjaya atau membuat apa-apa keputusan yang difikirkan patut oleh Menteri.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh—

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 53

(a)

membentuk suatu jawatankuasa untuk membantunya dalam mencapai keputusan itu;

(b)

meminta maklumat atau dokumentasi atau wakil peribadi daripada mana-mana orang daripadanya untuk dia berpuas hati dengan permohonan itu; dan

(c)

mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa tindakan atau keputusan Suruhanjaya atau Pendaftar—

(a)

berkenaan dengan apa-apa peruntukan bersifat rayuan atau kajian semula yang jelas diperuntukkan dalam Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; atau

(b)

yang diisytiharkan oleh Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama sebagai terakhir dan muktamad atau termaktub dalam apa-apa dokumen yang diisytiharkan oleh Akta ini sebagai keterangan muktamad mengenai apa-apa tindakan, perkara atau benda.

Kuasa Menteri untuk meminda Jadual Pertama dan Kedua

39. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Pertama dan Kedua.

Peraturan-peraturan

40. (1) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(a)

kewajipan dan fungsi Pendaftar, Timbalan Pendaftar,

Penolong Pendaftar dan pekerja lain yang dilantik untuk membantu dalam pentadbiran Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

(b)

fi dan caj di bawah Akta ini, termasuk bayaran fi dan caj dikecualikan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Menteri;

(c)

apa-apa kehendak yang berhubungan dengan program pendidikan dan latihan untuk mana-mana pegawai sesuatu perbadanan, mana-mana orang atau golongan orang;

(d)

apa-apa perkara yang berhubungan dengan pelesenan yang dinyatakan dalam Bahagian IIIC dan tatacara berkenaan dengan rayuan; dan

(e)

semua perkara dan benda yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini supaya ditetapkan, bagi menjalankan, atau melaksanakan sepenuhnya, peruntukan

Akta ini.

(3)

Apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar perundangan subsidiari dan boleh mengadakan peruntukan penalti denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

___________________________

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 55

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 11, 14, 17, 18, 20A, 20B, 20C, 20D, 20E, 20F, 20G, 20H, 20I, 22, 25, 27, 27B,

27C, 27D, 27H, 27J, 36, 37, 37A, 37B, 38B, 38C, 38E dan 40]

1.

Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

2.

Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100]

3.

Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 [Akta 28]

4.

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]

5.

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743]

6.

Akta Skim kepentingan 2016 [Akta 778]

_________________

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 37]

1.

Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 6 2.

Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11 3.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11 4.

Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 20A

___________________________

56

Akta 614

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1478

Akta Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (Pindaan) 2015

20-02-2015

(kecuali seksyen 9,

10,11,13, 14 dan 15);

31-0102017 (seksyen 9, 10, 11, 13, 14 dan 15)

P.U. (A) 13/ 2018

Perintah Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (Pindaan

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama) 2018

01-02-2018

57

Akta 614

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A1478

20-02-2015

6

Akta A1478

20-02-2015

9

Akta A1478

20-02-2015

11

Akta A1478

20-02-2015

17

Akta A1478

20-02-2015

18

Akta A1478

20-02-2015

20

Akta A1478

20-02-2015

20A-J

Akta A1478

31-01-2017

25

Akta A1478

31-01-2017

27A-J

Akta A1478

31-01-2017

35

Akta A1478

20-02-2015

37

Akta A1478

31-01-2017

37A-B

Akta A1478

31-01-2017

38A-E

Akta A1478

31-01-2017

40

Akta A1478

20-02-2015

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

Akta A1478

20-02-2015

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

P.U.(A) 13/2018 01-02-2018

Common questions

What is COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001?
*AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 is Malaysia Act, cited as Act 614 2001, currently marked in force and first recorded in 2001.
Is COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001 still in force?
Yes — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001 is currently in force.
When did COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001 take effect?
COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001 was first recorded in 2001.
How many sections does COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001 have?
COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001 contains 47 sections.
What amends COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001?
COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001 has been amended by COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA (AMENDMENT) ACT 2015.
Where can I read the official version of COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001?
The official text of COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001 (No. 614) | mylaw.my