Skip to content
ActIn force

Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2007
Sections
128
Languages
MS · EN

Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 is Malaysia Act, cited as Act 679 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.

Front matterCover and publication detailsOpen

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 679

AKTA AGENSI KELAYAKAN

MALAYSIA 2007

Sebagaimana pada 1 November 2017

2

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Tarikh Perkenan Diraja

… … … … 29 Ogos 2007

Tarikh penyiaran dalam Warta

… … … 30 Ogos 2007

Agensi Kelayakan Malaysia 3

Akta 679

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Agensi Kelayakan Malaysia sebagai badan kebangsaan untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia, untuk mengakredit program dan kelayakan pendidikan tinggi, untuk mengawasi dan mengawal selia kualiti dan standard pemberi pendidikan tinggi, untuk mengadakan dan menyenggarakan Daftar Kelayakan Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 November 2007, P.U. (B) 384/2007] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Seksyen 1

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Bahagian VIII

Bahagian VIII, yang mengikut Kerangka;

“akreditasi sementara” ertinya akreditasi sementara yang diberikan di bawah seksyen 39;

“audit institusi” ertinya penilaian sesuatu institusi, untuk menentukan sama ada institusi itu mencapai misi dan matlamatnya, untuk mengenal pasti kekukuhan dan bidang yang wajar diberi perhatian dan untuk meningkatkan kualiti, yang dijalankan mengikut peruntukan seksyen 80;

“badan peperiksaan atau pensijilan” ertinya mana-mana badan, di dalam atau di luar Malaysia, yang dinyatakan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, yang mengesahkan bahawa seseorang pelajar telah mencapai hasil pembelajaran;

“badan profesional” ertinya mana-mana badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud mengawal selia suatu profesion dan kelayakannya atau mana-mana badan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan;

“beban akademik” ertinya ukuran kuantitatif aktiviti pembelajaran yang termasuklah syarahan, tutorial, seminar, kerja amali, kerja luar, pembelajaran sendiri dan peperiksaan untuk mencapai suatu set hasil pembelajaran;

“Daftar” ertinya Daftar Kelayakan Malaysia yang diadakan dan disenggarakan oleh Agensi di bawah seksyen 81;

“diploma” ertinya diploma yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan diploma itu atau yang setaraf dengannya;

Agensi Kelayakan Malaysia 13

“diploma lanjutan” ertinya diploma lanjutan yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan diploma lanjutan itu atau yang setaraf dengannya;

“hari yang ditetapkan” ertinya hari Akta ini atau mana-mana peruntukan Akta ini mula berkuat kuasa;

“hasil pembelajaran” ertinya standard yang hendak dicapai melalui pendidikan atau program latihan kemahiran atau kelayakan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerangka;

“ijazah” ertinya ijazah yang dianugerahkan kepada seseorang di peringkat Sarjana Muda, atau di peringkat Sarjana atau di peringkat Kedoktoran sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan ijazah itu atau yang setaraf dengannya;

“kelayakan pendidikan tinggi” ertinya sijil, diploma, diploma lanjutan atau ijazah atau yang setaraf dengannya dan termasuklah mana-mana kelayakan lain yang ditentukan dalam Kerangka;

“Kerangka” ertinya Kerangka Kelayakan Malaysia yang disebut di bawah seksyen 35;

“kredit” ertinya ukuran representatif untuk mencerminkan beban akademik;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Agensi Kelayakan

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

“kursus pengajian” ertinya suatu kursus atau set kursus yang berkaitan dan termasuklah kursus jangka pendek atau jangka panjang yang membawa kepada penganugerahan suatu kelayakan pendidikan tinggi;

“latihan kemahiran” ertinya aktiviti yang berasaskan kerja dan berorientasikan industri yang bermatlamat untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugas atau kerja dengan berkesan dan cekap;

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

“Majlis” ertinya Majlis Agensi Kelayakan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 11;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan tinggi;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 85;

“pemberi pendidikan tinggi” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan, organisasi atau kumpulan orang lain yang mengendalikan program pendidikan tinggi atau latihan termasuk program latihan kemahiran yang membawa kepada penganugerahan kelayakan pendidikan tinggi atau yang menganugerahkan kelayakan pendidikan tinggi dan termasuklah pemberi pendidikan tinggi awam atau swasta, badan peperiksaan atau pensijilan atau wakil cawangannya;

“pemindahan kredit” ertinya pengiktirafan kredit yang diperoleh dalam program diakredit bagi maksud memindahkan kepada program diakredit yang lain;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah perenggan 11(2)(a);

“penyedia latihan kemahiran” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan, organisasi atau kumpulan orang lain yang mengendalikan program latihan kemahiran yang membawa kepada suatu kelayakan pendidikan tinggi;

“program” ertinya apa-apa penyusunan sesuatu kursus pengajian yang distrukturkan atau dirancang supaya mencapai hasil pembelajaran yang membawa kepada penganugerahan suatu kelayakan pendidikan tinggi;

“program atau kelayakan diakredit” ertinya program atau kelayakan yang diakredit di bawah Bahagian VIII;

“program atau kelayakan luar negeri” ertinya suatu program yang membawa kepada kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi luar negeri atau apa-apa kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi luar negeri;

Agensi Kelayakan Malaysia 15

“program pendidikan tinggi” ertinya program yang membawa kepada suatu kelayakan pendidikan tinggi;

“sijil” ertinya sijil yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah orang itu mencapai dengan jayanya suatu set hasil pembelajaran yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan sijil itu atau yang setaraf dengannya;

“swaakreditasi” ertinya suatu pengiktirafan rasmi yang diberikan kepada pemberi pendidikan tinggi dalam bentuk perakuan yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah subseksyen 61(2);

“wakil cawangan badan peperiksaan atau pensijilan” ertinya mana-mana badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud mewakili sesuatu badan peperiksaan atau pensijilan.

Seksyen 3

(2)

Kecuali bagi program atau kelayakan profesional, sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai akreditasi program atau kelayakan, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dan peruntukan undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah, setakat yang percanggahan atau ketidakselarasan itu, disifatkan digantikan.

16

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa apa-apa akreditasi yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu pengiktirafan program atau kelayakan pendidikan tinggi, atau pemberi pendidikan tinggi, bagi maksud kelayakan untuk menjalankan amalan sebagai seorang profesional dalam mana-mana badan profesional.

Undang-undang yang dipakai

Bahagian II

Seksyen 5

Meterai perbadanan

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif secara bertulis.

(3)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(4)

Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang pekerja Agensi yang diberi kuasa bagi maksud itu.

(5)

Meterai perbadanan bagi Agensi hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Agensi Kelayakan Malaysia 17

Seksyen 6

Fungsi Agensi

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Agensi hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(b)

untuk mengakreditkan program, kelayakan dan pemberi pendidikan tinggi;

(c)

untuk menjalankan audit institusi dan mengkaji semula program, kelayakan dan pemberi pendidikan tinggi;

(d)

untuk mengadakan dan menyenggarakan suatu daftar untuk mendaftarkan program, kelayakan dan pemberi pendidikan tinggi;

(e)

untuk menjalankan kursus, program latihan dan menyediakan khidmat perundingan dan nasihat yang berhubungan dengan jaminan kualiti;

(f)

untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan badan jaminan kualiti dan akreditasi dalam pendidikan tinggi di dalam dan di luar Malaysia;

(g)

untuk bertindak sebagai pusat rujukan kelayakan tentang program, kelayakan dan pemberi pendidikan tinggi yang diakredit;

(h)

untuk menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan jaminan kualiti dalam pendidikan tinggi; dan

(i)

untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Seksyen 7

Kuasa Agensi

(2)

Kuasa Agensi hendaklah termasuk kuasa—

(b)

untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih;

(c)

untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat urusan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih dan apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Agensi;

(d)

untuk mengusahakan, menyelaraskan atau mentauliahkan mana-mana orang untuk mengusahakan atau menyelaraskan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam perkara yang berhubungan dengan jaminan kualiti;

(e)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain sebagaimana yang disifatkannya patut bagi perkhidmatannya yang berhubungan dengan peperiksaan, penaksiran, audit, penyeliaan, akreditasi sementara, akreditasi, penilaian, atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh

Agensi;

(f)

untuk memungut atau menerima wang bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Agensi;

(g)

untuk membuat rundingan, perjanjian atau perkiraan sebagaimana yang disifatkannya patut bagi menunaikan fungsinya;

(h)

untuk melantik pegawai, ejen, pekhidmat dan perunding bagi perkhidmatan tetap, sementara atau khas sebagaimana yang difikirkannya patut dan munasabah dari semasa ke semasa dan menentukan kewajipan, kuasa dan terma perkhidmatan mereka; dan

(i)

untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.

Agensi Kelayakan Malaysia 19

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa Agensi, dan fungsi dan kuasa yang dilaksanakan dan dijalankan itu hendaklah atas nama Agensi.

Seksyen 8

Arahan oleh Menteri

(2)

Menteri boleh memberi Agensi arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Agensi dan Agensi hendaklah melaksanakan arahan itu.

Seksyen 9

Jawatankuasa akreditasi

(a)

menerima laporan dan syor audit institusi mengenai permohonan yang dibuat untuk akreditasi sementara di bawah Bahagian VII atau akreditasi program atau kelayakan di bawah Bahagian VIII daripada jawatankuasa audit institusi yang ditubuhkan di bawah seksyen 80;

(b)

menilai dan menganalisis laporan akreditasi sementara atau laporan akreditasi program atau kelayakan; dan

(c)

memberikan, menolak atau membatalkan akreditasi sementara atau akreditasi program atau kelayakan.

(2)

Agensi boleh memilih mana-mana orang yang disifatkan layak dan sesuai oleh Agensi untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Agensi boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya.

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(5)

Agensi boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota suatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.

(7)

Agensi boleh, pada bila-bila masa, tidak meneruskan penubuhan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

(8)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(9)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Agensi.

(10)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(11)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihati jawatankuasa itu mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(12)

Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain daripada Kumpulan Wang sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi selepas berunding dengan Menteri.

(13)

Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa program atau kelayakan profesional yang disebut dalam Bab 2 Bahagian VIII.

Seksyen 10

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

(2)

Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Agensi dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Bahagian III

MAJLIS AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

Seksyen 11

(2)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang, dengan pengecualian anggota di bawah perenggan (b) hingga (g), hendaklah dilantik oleh Menteri:

(c)

Ketua Setiausaha *Kementerian Pendidikan Tinggi atau wakilnya;

(d)

Ketua Setiausaha **Kementerian Pendidikan atau wakilnya;

(e)

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia atau wakilnya;

(f)

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam atau wakilnya;

(g)

Ketua Pengarah ***Jabatan Pendidikan Tinggi atau wakilnya;

(i)

seorang wakil pemberi pendidikan tinggi swasta; dan

(j)

lapan orang anggota lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan khas, pengalaman dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan tinggi atau pekerjaan, sekurang-kurangnya dua orang daripadanya hendaklah daripada badan profesional.

*CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Kementerian Pengajian Tinggi”—lihat P.U. (A) 155/2016.

**CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Kementerian Pelajaran”—lihat P.U. (A) 155/2016.

***CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Jabatan Pengurusan Pendidikan Tinggi”—lihat

P.U. (A) 155/2016.

22

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(3)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Majlis.

(4)

Menteri boleh meminda peruntukan dalam Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Seksyen 12

Fungsi Majlis

(a)

untuk meluluskan rancangan dan dasar bagi pengurusan

Agensi;

(b)

untuk meluluskan apa-apa pindaan atau pengemaskinian

Kerangka;

(c)

untuk meluluskan dasar dan garis panduan yang berhubungan dengan akreditasi program, kelayakan atau pemberi pendidikan tinggi atau audit institusi;

(d)

untuk meluluskan apa-apa perkara yang berhubungan dengan fungsi, kuasa, kewajipan, saraan, elaun, honorarium, faedah dan tatakelakuan pegawai, pekerja, ejen dan pakar perunding Agensi;

(e)

untuk menerima dan mengawasi laporan, penyata, pernyataan dan apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan akreditasi, audit institusi dan penilaian; dan

(f)

untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Majlis boleh memberi Ketua Pegawai Eksekutif arahan khusus yang selaras dengan peruntukan Akta ini berkenaan dengan kuasa dan fungsi Agensi dan arahan itu tidak boleh tidak selaras dengan arahan am Menteri di bawah seksyen 8, dan Ketua Pegawai

Eksekutif hendaklah melaksanakan arahan itu.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Seksyen 13

Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota

Majlis, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai

Pengerusi selama tempoh apabila—

(a)

jawatan Pengerusi kosong;

Agensi Kelayakan Malaysia 23

(b)

Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia;

atau

(c)

Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya melaksanakan kewajipan jawatannya.

Seksyen 14

Tempoh jawatan

(2)

Pengerusi yang dilantik di bawah perenggan 11(2)(a) dan tiap-tiap anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 11(2)

(h)

, (i) dan (j) adalah layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan selama lebih daripada dua tempoh berturut-turut.

Elaun

Seksyen 15

Pengerusi dan semua anggota lain Majlis, selain Ketua Pegawai

Eksekutif, hendaklah dibayar apa-apa elaun pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.

Seksyen 16

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan

(2)

Seseorang anggota Majlis boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.

24

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Seksyen 17

Pengosongan jawatan

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Majlis atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Majlis;

(e)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(f)

dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri sesuatu mesyuarat Majlis tanpa kebenaran Menteri;

(g)

dalam hal seorang anggota Majlis, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis Pengerusi;

(i)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.

Agensi Kelayakan Malaysia 25

Seksyen 18

Pengisian kekosongan

Jika seseorang terhenti menjadi anggota Majlis, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu.

Seksyen 19

Setiausaha

Agensi, dengan persetujuan Majlis, hendaklah melantik seorang setiausaha kepada Majlis.

Seksyen 20

Jawatankuasa

(2)

Peruntukan subseksyen 9(2) hingga (12) hendaklah terpakai mengikut cara yang sama kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Bahagian IV

PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN

PEGAWAI DAN PEKERJA

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif

Seksyen 21

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal harian Agensi.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekerja Agensi.

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

26

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Majlis.

(6)

Menteri boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua

Pegawai Eksekutif, untuk membantu Ketua Pegawai Eksekutif dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah

Akta ini.

(7)

Jika atas apa-apa sebab Ketua Pegawai Eksekutif tidak berupaya melaksanakan fungsi atau kewajipan jawatannya, salah seorang daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan fungsi atau kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif.

Seksyen 22

Pelantikan pekerja

Agensi, dengan persetujuan Majlis, boleh dari semasa ke semasa melantik dan mengambil kerja apa-apa bilangan pekerja sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Agensi dan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai bagi menjalankan maksud Akta ini.

Seksyen 23

Syarat perkhidmatan

Agensi boleh, dengan kelulusan Majlis, menentukan syarat-syarat perkhidmatan pekerjanya.

Seksyen 24

Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan

Agensi boleh memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi.

Pembayaran faedah persaraan, dsb.

Seksyen 25

Agensi boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pekerjanya dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi.

Agensi Kelayakan Malaysia 27

Pemakaian Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan

Surcaj) 2000

Seksyen 26

Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

[Akta 605] hendaklah terpakai bagi Agensi.

Agensi boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.

Seksyen 27

Agensi boleh, dengan kelulusan Menteri, menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang difikirkannya patut apa-apa peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, dasar, surat pekeliling dan arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh

Kerajaan Persekutuan.

Bahagian V

PERUNTUKAN KEWANGAN

Kumpulan Wang Agensi Kelayakan Malaysia

Seksyen 28

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;

(b)

semua wang yang diperoleh daripada peperiksaan, penaksiran, audit, pengawasan, akreditasi sementara, akreditasi, penilaian atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Agensi;

(c)

semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Agensi;

(d)

semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Agensi;

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(e)

semua wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Agensi;

(f)

wang yang dipinjam oleh Agensi di bawah seksyen 32;

(g)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh Agensi;

dan

(h)

semua wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Agensi berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Seksyen 29

Wang

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Agensi;

(b)

membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota

Majlis, anggota jawatankuasa, pegawai dan pekerja Agensi, termasuk pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan dan ganjaran;

(c)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan perolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Agensi dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;

(d)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh

Agensi dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;

Agensi Kelayakan Malaysia 29

(e)

membeli atau menyewa kelengkapan, mesin dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;

(f)

membayar balik wang yang dipinjam di bawah seksyen 32

dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;

(g)

memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya di bawah seksyen 24; dan

(h)

secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Seksyen 30

Pemeliharaan Kumpulan Wang

Menjadi kewajipan Agensi untuk memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Agensi mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Seksyen 31

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

(2)

Sebelum permulaan bulan Jun setiap tahun, Agensi hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaannya kepada

Menteri, termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri.

30

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(3)

Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Agensi amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

(4)

Agensi boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan itu yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Seksyen 32

Kuasa untuk meminjam

Agensi boleh, dari semasa ke semasa, meminjam dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa wang yang dikehendaki oleh Agensi bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan apa-apa kewajipannya.

Seksyen 33

Pelaburan

Wang Agensi hendaklah, setakat yang wang itu tidak diperlukan untuk dibelanjakan dengan segera oleh Agensi di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Seksyen 34

Akaun dan laporan

(a)

suatu penyata akaun Agensi yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

(b)

suatu pernyataan mengenai aktivitinya.

Agensi Kelayakan Malaysia 31

(2)

Agensi hendaklah seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis

Parlimen.

(3)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Agensi.

Bahagian VI

Seksyen 35

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (4), Agensi boleh bagi maksud subseksyen (1) dari semasa ke semasa, meminda Kerangka dan boleh berusaha sama, bekerjasama dan menyelaras dengan mana-mana orang, termasuk agensi kerajaan, pemberi pendidikan tinggi, pelajar, kakitangan akademik, badan jaminan kualiti dan akreditasi, badan peperiksaan atau pensijilan dan majikan dan dalam hal program profesional, kelayakan profesional dan pemberi pendidikan tinggi, Kerangka hendaklah dipinda mengikut kriteria dan standard yang ditetapkan oleh badan profesional yang berkenaan.

(3)

Bahagian Kerangka yang dipinda di bawah subseksyen (2)

tidak boleh dilaksanakan melainkan jika kelulusan Majlis diperoleh.

(4)

Menteri boleh mengarahkan mana-mana bahagian Kerangka tidak boleh dipinda atau diubah.

32

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Seksyen 36

Objektif Kerangka

Objektif Kerangka termasuklah yang berikut:

(a)

untuk menjamin standard kelayakan dan memperkukuh dasar tentang jaminan kualiti;

(b)

untuk menggalakkan ketepatan atau keselarasan tatanama kelayakan;

(c)

untuk mengadakan mekanisme bagi kemajuan atau hubung kait antara kelayakan, termasuk kelayakan bukan ijazah dan ijazah;

(d)

untuk menggalakkan usaha sama antara pemberi pendidikan tinggi dan penyedia latihan kemahiran sektor awam dan swasta;

(e)

untuk menggalakkan pariti penghargaan antara kelayakan akademik, profesional, teknikal, vokasional dan kemahiran;

(f)

untuk mewujudkan suatu sistem kredit untuk memudahkan pengumpulan dan pemindahan kredit yang boleh diterima di dalam dan di luar Malaysia;

(g)

untuk mengadakan maklumat awam yang jelas dan mudah dicapai tentang program atau kelayakan dalam pendidikan tinggi;

(h)

untuk menggalakkan jika berkenaan, pengenalan kelayakan dalam bentuk yang memudahkan penilaiannya oleh mana-mana orang, termasuk agensi kerajaan, pemberi pendidikan tinggi, pelajar, kakitangan akademik, badan jaminan kualiti dan akreditasi, badan profesional, badan peperiksaan dan majikan; dan

(i)

untuk menyatakan dengan jelas hubungan dengan kelayakan dari luar Malaysia.

Seksyen 37

Pematuhan Kerangka

(2)

Semua pemberi pendidikan tinggi yang menjalankan program diakredit atau yang menganugerahkan kelayakan diakredit hendaklah mematuhi Kerangka.

(3)

Agensi atau, dalam hal program profesional, kelayakan profesional atau pemberi pendidikan tinggi, badan profesional yang berkenaan, boleh mengarahkan bahawa Kerangka atau mana-mana bahagian Kerangka tidak terpakai bagi mana-mana program, kelayakan atau pemberi pendidikan tinggi tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang disifatkannya patut.

Bahagian VII

AKREDITASI SEMENTARA

Permohonan bagi akreditasi sementara

Seksyen 38

(1)

Sesuatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi, selain pemberi pendidikan tinggi yang disebut di bawah Bab 4

Bahagian VIII

Bahagian VIII, bagi akreditasi sementara program atau kelayakannya hendaklah dibuat kepada Agensi mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.

Seksyen 39

(a)

membenarkan permohonan itu dan mengeluarkan suatu perakuan akreditasi sementara kepada pemberi pendidikan tinggi itu selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau

(b)

menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

(2)

Agensi boleh mengeluarkan perakuan akreditasi sementara yang berasingan bagi premis yang berlainan.

(3)

Bagi maksud menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 38(1), Agensi boleh menjalankan audit institusi.

Seksyen 40

Perakuan akreditasi sementara

(2)

Perakuan akreditasi sementara itu hendaklah menyatakan tempoh yang dalamnya pemberi pendidikan tinggi hendaklah memohon bagi akreditasi dan jika berkenaan, hendaklah menyatakan premis tempat program itu hendak dijalankan atau dimajukan.

(3)

Dalam hal suatu program atau kelayakan luar negeri, Agensi boleh menyatakan dalam perakuan akreditasi sementara itu bahawa program atau kelayakan itu adalah setara dengan program atau kelayakan dalam Kerangka.

(4)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan akreditasi sementara dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi sementara itu.

Agensi Kelayakan Malaysia 35

(5)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi sementara kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari—

(a)

tarikh pembatalan perakuan di bawah seksyen 42; atau

Seksyen 41

Kuasa untuk mengenakan syarat

Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan suatu perakuan akreditasi sementara di bawah perenggan 39(1)(a), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau syarat tambahan dari semasa ke semasa.

Seksyen 42

Pembatalan akreditasi sementara

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis dalam subseksyen (2).

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat, Agensi hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati, dalam masa yang ditentukan;

atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara itu.

36

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara.

(6)

Pembatalan perakuan akreditasi sementara tidaklah menghalang pemberi pendidikan tinggi daripada mengemukakan permohonan baru.

(7)

Jika perakuan akreditasi sementara dibatalkan di bawah seksyen ini, Agensi hendaklah memberikan notis kepada pihak berkuasa atau badan profesional yang berkenaan memberitahu tentang pembatalan itu termasuk apa-apa syor yang perlu.

Seksyen 43

Akreditasi sementara bagi program profesional atau kelayakan profesional

Dalam hal akreditasi sementara sesuatu program profesional atau kelayakan profesional tempatan atau luar negeri, Agensi hendaklah bekerjasama dan membuat penyelarasan dengan badan profesional yang berkenaan bagi maksud—

(a)

menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 38(1) dan membenarkan atau menolak pemberian permohonan di bawah seksyen 39;

(b)

menjalankan audit institusi di bawah subseksyen 39(3);

(d)

pembatalan perakuan akreditasi sementara di bawah seksyen 42.

Seksyen 44

Akreditasi sementara bagi program latihan kemahiran atau kelayakan latihan kemahiran

Dalam hal akreditasi sementara bagi sesuatu program latihan kemahiran atau kelayakan latihan kemahiran tempatan atau luar negeri, Agensi hendaklah bekerjasama dan membuat penyelarasan dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi maksud—

(a)

menimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen 38(1) dan membenarkan atau menolak pemberian permohonan di bawah seksyen 39;

Agensi Kelayakan Malaysia 37

(b)

menjalankan audit institusi di bawah subseksyen 39(3);

(d)

pembatalan perakuan akreditasi sementara di bawah seksyen 42.

(2)

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan.

(3)

Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program atau kelayakan yang berlainan.

(4)

Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi sementara dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki pemberi pendidikan tinggi itu memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.

(5)

Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang dinyatakan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru.

34

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Kuasa untuk membenarkan atau menolak permohonan

Bahagian VIII

AKREDITASI

Program dan kelayakan di bawah Kerangka Kelayakan

Malaysia

Permohonan bagi akreditasi

Seksyen 45

(2)

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan.

(3)

Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program atau kelayakan yang berlainan.

(4)

Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki pemberi pendidikan tinggi itu memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.

(5)

Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang ditetapkan atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru.

38

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Seksyen 46

Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi

(a)

membenarkan permohonan itu dan mengeluarkan suatu perakuan akreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau

(b)

menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

(2)

Apabila perakuan akreditasi di bawah perenggan (1)(a)

dikeluarkan, Agensi hendaklah memasukkan butir-butir perakuan itu ke dalam Daftar.

(3)

Bagi maksud menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 45(1), Agensi boleh menjalankan audit institusi.

Seksyen 47

Perakuan akreditasi

(2)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan akreditasi dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari—

(a)

tarikh pembatalan perakuan di bawah seksyen 49; atau

Seksyen 48

Kuasa untuk mengenakan syarat

Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi di bawah perenggan 46(1)(a), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.

Agensi Kelayakan Malaysia 39

Seksyen 49

Pembatalan akreditasi

(a)

jika pemberi pendidikan tinggi itu telah gagal untuk mematuhi Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau

(b)

jika pemberi pendidikan tinggi itu telah melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan akreditasi.

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan;

atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan itu.

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu.

(6)

Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

40

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Program profesional dan kelayakan profesional

Permohonan bagi akreditasi

Seksyen 50

(2)

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program profesional atau kelayakan profesional yang berlainan.

(4)

Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi, setelah berunding dengan Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan di bawah seksyen 51, boleh melalui notis bertulis menghendaki pemberi pendidikan tinggi untuk memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan.

(5)

Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang dinyatakan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru.

(6)

Agensi hendaklah merujukkan permohonan di bawah seksyen ini kepada Jawatankuasa Teknikal Bersama yang kemudiannya hendaklah membuat syor kepada badan profesional yang berkenaan di bawah subseksyen 52(1) bagi maksud akreditasi.

Agensi Kelayakan Malaysia 41

Seksyen 51

Jawatankuasa Teknikal Bersama

(a)

menimbangkan sesuatu permohonan bagi akreditasi di bawah subseksyen 50(1);

(b)

membuat syor untuk membenarkan atau menolak permohonan akreditasi di bawah subseksyen 52(1);

(c)

membuat syor bagi mengenakan syarat di bawah seksyen 54;

(d)

membuat dan menjalankan audit institusi di bawah subseksyen 52(3); dan

(e)

membuat syor bagi pembatalan akreditasi di bawah seksyen 55.

(2)

Wakil badan profesional yang berkenaan dan pegawai Agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh berbeza antara program profesional atau kelayakan profesional yang berlainan.

Seksyen 52

Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi

(b)

menolak pemberian akreditasi, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

42

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(2)

Jika akreditasi diberikan di bawah perenggan (1)(a), Agensi hendaklah mengeluarkan suatu perakuan akreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi selepas dibayar fi yang ditetapkan dan hendaklah memasukkan butir-butir perakuan ke dalam Daftar.

(3)

Bagi maksud menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 50(1), mana-mana pegawai badan profesional itu dan

Agensi boleh menjalankan audit institusi.

Seksyen 53

Perakuan akreditasi

(2)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan akreditasi dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi itu.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari—

(a)

tarikh pembatalan perakuan di bawah seksyen 55; atau

(b)

tarikh penghentian program profesional itu.

Kuasa untuk mengenakan syarat

Seksyen 54

Badan profesional yang berkenaan boleh, atas syor Jawatankuasa

Teknikal Bersama pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi di bawah subseksyen 52(2), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.

Agensi Kelayakan Malaysia 43

Seksyen 55

Pembatalan akreditasi

(a)

jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi

Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau

(b)

jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar mana-mana syarat yang kerananya akreditasi diluluskan.

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk menarik balik kelulusan dan untuk membatalkan perakuan akreditasi di bawah subseksyen (1) hendaklah diserahkan oleh Agensi, atas arahan badan profesional yang berkenaan, kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi penarikan balik dan pembatalan itu.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, badan profesional yang berkenaan atas syor Jawatankuasa Teknikal Bersama hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga badan profesional yang berkenaan berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk menarik balik kelulusan akreditasi itu.

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi boleh, atas keputusan badan profesional yang berkenaan, meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu.

44

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(6)

Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Program dan kelayakan luar negeri

Permohonan bagi akreditasi

Seksyen 56

(2)

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan.

(3)

Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program dan kelayakan yang berlainan.

(4)

Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki pemberi pendidikan tinggi untuk memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.

(5)

Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang ditetapkan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru.

Agensi Kelayakan Malaysia 45

Seksyen 57

Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi

(a)

membenarkan permohonan itu dan mengeluarkan suatu perakuan akreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau

(b)

menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

(2)

Apabila perakuan akreditasi di bawah perenggan (1)(a)

dikeluarkan, Agensi hendaklah memasukkan butir-butir perakuan itu ke dalam Daftar.

(3)

Bagi maksud menimbangkan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 56(1), Agensi boleh menjalankan audit institusi.

Seksyen 58

Perakuan akreditasi

(2)

Dalam hal suatu program atau kelayakan luar negeri, Agensi boleh menyatakan dalam perakuan akreditasi bahawa program atau kelayakan itu adalah setara dengan program atau kelayakan dalam Kerangka.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan akreditasi dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi itu.

(4)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari—

(a)

tarikh pembatalan perakuan di bawah seksyen 60; atau

(b)

tarikh penghentian program.

46

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Seksyen 59

Kuasa untuk mengenakan syarat

Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi di bawah perenggan 57(1)(a), mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.

Seksyen 60

Pembatalan akreditasi

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan;

atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu.

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu.

Agensi Kelayakan Malaysia 47

(6)

Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi

Permohonan bagi status swaakreditasi atas undangan

Seksyen 61

(2)

Agensi, selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1) dan menjalankan audit institusi, boleh membenarkan permohonan itu dan mengeluarkan perakuan status swaakreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi itu selepas dibayar fi yang ditetapkan.

(3)

Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan status swaakreditasi di bawah subseksyen (2), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.

(4)

Bab ini tidak terpakai bagi apa-apa program profesional atau kelayakan profesional yang disebut dalam Bab 2.

Seksyen 62

Mendaftarkan program atau kelayakan

(2)

Agensi, apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1), boleh menjalankan audit institusi dan boleh mendaftarkan dalam Daftar program atau kelayakan itu.

48

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(3)

Agensi, apabila mendaftarkan sesuatu program atau kelayakan, boleh mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.

(4)

Apabila program atau kelayakan itu didaftarkan dalam

Daftar, Agensi hendaklah mengeluarkan perakuan akreditasi selepas dibayar fi yang ditetapkan.

Seksyen 63

Perakuan swaakreditasi dan perakuan akreditasi

(2)

Dalam hal suatu program atau kelayakan luar negeri, Agensi boleh menyatakan dalam perakuan akreditasi bahawa program atau kelayakan itu adalah setara dengan program atau kelayakan dalam Kerangka.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan swaakreditasi atau perakuan akreditasi dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan swaakreditasi atau perakuan akreditasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi hendaklah menyerahkan perakuan swaakreditasi atau perakuan akreditasi kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari—

(a)

tarikh pembatalan perakuan swaakreditasi di bawah subseksyen 64(1) atau pembatalan pendaftaran di bawah subseksyen 64(2); atau

(b)

tarikh penghentian pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi atau program.

Seksyen 64

Pembatalan status swaakreditasi atau pembatalan pendaftaran

(2)

Agensi boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pendaftaran mana-mana program atau kelayakan yang didaftarkan di bawah subseksyen 62(2) jika pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi gagal untuk mematuhi kehendak program atau kelayakan berdaftar di bawah subseksyen itu.

(3)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi atau membatalkan pendaftaran mana-mana program atau kelayakan hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

(4)

Pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (3).

(5)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (4) dan selepas menimbangkan representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau

(b)

meneruskan tindakan untuk membatalkan perakuan swaakreditasi atau membatalkan pendaftaran program atau kelayakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang dicadangkan.

(6)

Jika pemberi pendidikan tinggi swaakreditasi itu gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (5)(a), Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan swaakreditasi atau membatalkan pendaftaran program atau kelayakan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(7)

Jika perakuan swaakreditasi telah dibatalkan atau mana-mana program atau kelayakan telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

50

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Program dan kelayakan latihan kemahiran

Permohonan bagi akreditasi

Seksyen 65

(a)

program atau kelayakan latihan kemahiran, yang mematuhi

Kerangka, yang membawa kepada penganugerahan—

(i)

diploma, diploma lanjutan atau ijazah selain

Diploma Kemahiran Malaysia atau Diploma

Lanjutan Kemahiran Malaysia di bawah Akta

Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006

[Akta 652]; atau

(ii)

sijil selain Sijil Kemahiran Malaysia di bawah Akta

Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006; atau

(b)

program atau kelayakan latihan kemahiran luar negeri yang mematuhi Kerangka, hendaklah dibuat kepada Agensi dalam tempoh yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi sementara mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan.

(3)

Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program dan kelayakan yang berlainan.

(4)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki supaya pemberi pendidikan tinggi itu memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.

Agensi Kelayakan Malaysia 51

(5)

Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang dinyatakan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru.

Seksyen 66

Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi

(b)

menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

(2)

Agensi boleh, dalam menimbangkan dan memutuskan suatu permohonan di bawah subseksyen 65(1), meminta bantuan mana-mana badan pengawal selia yang mengawal selia pembangunan kemahiran atau mana-mana badan atau persatuan yang memantau pembangunan kemahiran yang tertentu.

(3)

Jika permohonan untuk akreditasi mana-mana program atau kelayakan telah diluluskan di bawah perenggan (1)(a), Agensi hendaklah mengeluarkan suatu perakuan akreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi selepas dibayar fi yang ditetapkan.

(4)

Agensi hendaklah memasukkan butir-butir perakuan akreditasi yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) ke dalam Daftar.

(5)

Bagi maksud menimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen 65(1), Agensi boleh menjalankan audit institusi.

Seksyen 67

Perakuan akreditasi

(2)

Dalam hal suatu program atau kelayakan luar negeri, Agensi boleh menyatakan dalam perakuan akreditasi bahawa program atau kelayakan itu adalah setara dengan program atau kelayakan dalam Kerangka.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan akreditasi dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi itu.

(4)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari—

(a)

tarikh pembatalan perakuan akreditasi di bawah seksyen 69; atau

Seksyen 68

Kuasa untuk mengenakan syarat

Agensi, dengan persetujuan badan pengawal selia boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan suatu perakuan akreditasi di bawah subseksyen 66(3), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.

Seksyen 69

Pembatalan akreditasi

(a)

jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi

Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau

(b)

jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan itu.

Agensi Kelayakan Malaysia 53

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan;

atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu.

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi.

(6)

Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Seksyen 70

Mendaftarkan program dan kelayakan latihan kemahiran yang diakredit

(2)

Agensi boleh, apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), mendaftarkan program atau kelayakan itu dalam

Daftar selepas berpuas hati bahawa program atau kelayakan itu mematuhi Kerangka.

(3)

Selepas pendaftaran program atau kelayakan itu, Agensi hendaklah mengeluarkan perakuan akreditasi selepas dibayar fi yang ditetapkan dan perakuan itu hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program itu hendak dijalankan atau dimajukan.

(4)

Setelah berunding dengan badan pengawal selia yang berkenaan Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan suatu perakuan akreditasi, mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana program atau kelayakan di bawah subseksyen 65(1).

Seksyen 71

Pembatalan pendaftaran

(a)

jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi

Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau

(b)

jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan.

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan pendaftaran hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).

Agensi Kelayakan Malaysia 55

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan;

atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan pendaftaran itu.

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan pendaftaran itu.

(6)

Jika pendaftaran telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

(7)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi yang dikeluarkan di bawah subseksyen 70(3) kepada

Agensi dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembatalan pendaftaran.

Program dan kelayakan kampus cawangan

Pendaftaran program atau kelayakan diakredit kampus cawangan

Seksyen 72

(2)

Permohonan bagi pendaftaran di bawah subseksyen (1)

hendaklah mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.

56

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(3)

Selepas menimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) dan dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, selepas mendapat kelulusan badan profesional yang berkenaan terlebih dahulu, Agensi boleh—

(b)

enggan untuk mendaftarkan program atau kelayakan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

(4)

Dalam menimbangkan permohonan itu, Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, boleh menjalankan suatu audit institusi ke atas kampus cawangan.

(5)

Selepas mendaftarkan program atau kelayakan dalam Daftar,

Agensi hendaklah mengeluarkan suatu perakuan akreditasi selepas dibayar fi yang ditetapkan dan perakuan itu hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program diakredit itu hendak dijalankan atau dimajukan.

(6)

Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi, mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “kampus cawangan” ertinya suatu cawangan pemberi pendidikan tinggi yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Seksyen 73

Pembatalan pendaftaran

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan pendaftaran hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

Agensi Kelayakan Malaysia 57

(3)

Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan pendaftaran itu.

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, atas nasihat badan profesional yang berkenaan, boleh meneruskan untuk membatalkan pendaftaran itu.

(6)

Jika pendaftaran telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan itu kepada pihak berkuasa berkenaan.

(7)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi yang dikeluarkan di bawah subseksyen 72(5)

kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembatalan.

Pembelajaran terdahulu dan pemindahan kredit

Permohonan bagi akreditasi

Seksyen 74

(2)

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan.

(3)

Bentuk, cara, dokumen dan fi yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara pengalaman, pembelajaran dan pemindahan kredit yang berlainan.

(4)

Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi di bawah subseksyen (1) dan sebelum memutuskannya,

Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki supaya pemberi pendidikan tinggi memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.

(5)

Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang ditetapkan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru.

(6)

Bagi maksud Bab ini, “pembelajaran terdahulu” ertinya pengetahuan, kemahiran atau sikap yang diperoleh terdahulu dan termasuklah pengalaman terdahulu.

Seksyen 75

Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi

(a)

membenarkan permohonan itu dan mengeluarkan perakuan akreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau

(b)

menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

(2)

Agensi hendaklah memasukkan butir-butir perakuan akreditasi ke dalam Daftar.

Agensi Kelayakan Malaysia 59

(3)

Bagi maksud menimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen 74(1), Agensi boleh menjalankan audit institusi.

(4)

Peruntukan Bab 2 hendaklah terpakai mengikut cara yang sama bagi pemindahan kredit antara program profesional diakredit atau kelayakan profesional diakredit.

Seksyen 76

Kuasa untuk mengenakan syarat

Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan akreditasi di bawah perenggan 75(1)(a), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan apa-apa syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.

Seksyen 77

Pembatalan akreditasi

(a)

jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi

Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau

(b)

jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar apa-apa syarat yang dilampirkan pada perakuan itu.

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).

60

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam tempoh yang dinyatakan; atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu.

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi.

(6)

Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Bahagian IX

PENILAIAN KELAYAKAN LAIN

Permohonan bagi penilaian setara

Seksyen 78

(2)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.

(3)

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi sebagaimana yang ditetapkan.

Agensi Kelayakan Malaysia 61

Seksyen 79

Penilaian

(2)

Bagi maksud penilaian di bawah subseksyen (1), Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh—

(a)

menghendaki mana-mana orang memberikannya apa-apa maklumat dan butir sebagaimana yang dikehendaki untuk memutuskan permohonan;

(b)

berusaha sama, bekerjasama atau menyelaraskan dengan mana-mana orang, termasuk agensi kerajaan, pemberi pendidikan tinggi, badan pelajar, kakitangan akademik, badan jaminan kualiti dan akreditasi, badan profesional dan majikan; dan

(c)

menubuhkan suatu jawatankuasa bagi maksud menimbangkan, menentusahkan dan membuat syor atas permohonan itu.

(3)

Jika Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, memperakui program atau kelayakan itu sebagai setara dengan kelayakan dalam Kerangka, Agensi hendaklah mengeluarkan perakuan kesetaraan, mengikut bentuk sebagaimana yang ditetapkan, kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan.

(4)

Tiada tindakan boleh diambil terhadap Agensi, badan profesional yang berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif atau terhadap mana-mana pegawai Agensi jika perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) tidak diterima bagi maksud pekerjaan atau bagi kemasukan untuk pendidikan lanjut.

62

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Bahagian X

AUDIT INSTITUSI

Seksyen 80

(2)

Suatu audit institusi hendaklah dijalankan bagi maksud Akta ini mengikut tatacara mengenai audit institusi yang ditetapkan.

(3)

Keanggotaan jawatankuasa audit institusi dan tatacara mengenai audit institusi boleh berbeza mengikut maksud audit institusi itu.

Bahagian XI

DAFTAR KELAYAKAN MALAYSIA

Seksyen 81

(2)

Daftar itu hendaklah menjadi rujukan kebangsaan bagi standard dan titik artikulasi bagi semua program, kelayakan dan institusi diakredit.

(3)

Agensi hendaklah menjadikan Daftar itu tersedia bagi pemeriksaan awam tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Agensi Kelayakan Malaysia 63

Bahagian XII

Seksyen 82

(a)

keengganan Agensi untuk membenarkan suatu akreditasi sementara atau akreditasi masing-masing di bawah

Bahagian VII atau Bahagian VIII; atau

(b)

pembatalan perakuan akreditasi sementara atau akreditasi masing-masing di bawah Bahagian VII atau

Bahagian VIII

Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu diserahkan kepada pemberi pendidikan tinggi.

(2)

Mana-mana pemberi pendidikan tinggi yang terkilan dengan—

(a)

keengganan badan profesional yang berkenaan untuk memberikan suatu akreditasi sementara atau akreditasi berkenaan dengan suatu program profesional atau kelayakan profesional di bawah Bab 2 Bahagian VIII; atau

(b)

pembatalan perakuan akreditasi berkenaan dengan suatu program profesional atau kelayakan profesional di bawah

Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi.

Seksyen 84

Keputusan Menteri atau Jawatankuasa Rayuan mengenai rayuan

Keputusan Menteri atau Jawatankuasa Rayuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai sesuatu rayuan adalah muktamad.

(3)

Bagi maksud Bahagian ini, “Jawatankuasa Rayuan” ertinya suatu kumpulan orang yang terdiri daripada apa-apa bilangan wakil yang dilantik oleh badan profesional yang berkenaan dan seorang pegawai Agensi.

Kuasa Menteri atau Jawatankuasa Rayuan mengenai rayuan

Bahagian XIII

Seksyen 85

Bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Menteri boleh melantik mana-mana pegawai sebagai pegawai diberi kuasa untuk melaksanakan apa-apa kewajipan yang berhubungan dengan penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberian kuasa itu.

Kuasa pegawai diberi kuasa

Seksyen 86

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa untuk—

(a)

menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini;

Agensi Kelayakan Malaysia 65

(b)

menjalankan apa-apa siasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini; dan

(c)

menguatkuasakan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini.

Seksyen 87

Kuasa pemeriksaan

(2)

Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding dalam mahkamah di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.

Pengemukaan dokumen, dsb.

Seksyen 88

(a)

menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik; dan

(b)

memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik.

66

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(2)

Pegawai diberi kuasa boleh memberi kebenaran kepada mana-mana orang, sebagaimana yang perlu, untuk memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik yang ditahan dan diambil milikan oleh pegawai diberi kuasa.

Penyitaan dokumen, dsb.

Seksyen 89

Jika seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia boleh menyita apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang dikemukakan di bawah seksyen 88 dan buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mahkamah di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.

Seksyen 90

Permohonan bagi waran geledah

Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan, sedang digunakan atau hendak digunakan bagi, atau terdapat dalam mana-mana premis keterangan yang diperlukan untuk membuktikan perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta, dia boleh memohon suatu waran geledah kepada seorang

Majistret dengan cara maklumat bertulis bersumpah.

Seksyen 91

Kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran geledah

Jika Majistret berpuas hati bahawa terdapat perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta

Agensi Kelayakan Malaysia 67

ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah yang membenarkan pegawai diberi kuasa, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—

(a)

untuk memasuki mana-mana premis, jika perlu dengan kekerasan, yang telah digunakan atau hendak digunakan, bagi perlakuan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

untuk menggeledah dan menyita, dan mengalihkan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik—

(i)

yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan;

(ii)

yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau

(iii)

yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan mengenai perlakuan kesalahan itu;

atau

(c)

untuk menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga premis itu selesai digeledah.

Seksyen 92

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 91—

(b)

tujuan kemasukan itu mungkin akan terkecewa;

68

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(c)

buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain yang dicari mungkin dialihkan atau diganggu; atau

(d)

keterangan yang dicari mungkin diganggu atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan dalam, dan berkenaan dengan, premis pemberi pendidikan tinggi segala kuasa yang disebut dalam seksyen 91 dengan cara sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Seksyen 94

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disita atau ditahan pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhak mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain suatu perintah bagi pemulangan benda yang disita atau ditahan itu, atau bayaran nilainya melainkan jika penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Agensi Kelayakan Malaysia 69

Bahagian XIV

Seksyen 95

Bagi maksud Bahagian ini—

“perakuan” ertinya perakuan akreditasi sementara, perakuan akreditasi, perakuan swaakreditasi atau perakuan kesetaraan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“program diakredit” ertinya program yang diakredit secara sementara atau diakredit di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“akreditasi” ertinya akreditasi sementara atau akreditasi yang diberikan di bawah Akta ini.

Seksyen 96

Pendaftaran pelajar bagi program yang didakwa diakredit

Mana-mana orang yang mendaftarkan pelajar bagi suatu program yang didakwa sebagai program diakredit tanpa suatu perakuan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Larangan pengiklanan, dsb.

Seksyen 97

(2)

Tiada seorang pun boleh mempromosikan suatu program sebagai program diakredit, sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, melainkan jika program itu telah diakredit di bawah Akta ini.

70

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) dan (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan kelayakan pendidikan tinggi

Seksyen 98

Mana-mana orang yang tidak diberikan akreditasi di bawah

Akta ini yang mengeluarkan atau menganugerahkan apa-apa kelayakan pendidikan tinggi yang didakwa sebagai mematuhi

Kerangka melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 99

Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan permohonan yang dibuat di bawah Akta

Mana-mana pemberi pendidikan tinggi yang, semasa membuat permohonan bagi akreditasi sementara atau akreditasi atau mana-mana orang yang membuat permintaan bagi penilaian di bawah

Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang diketahuinya adalah palsu, atau yang dia tidak percaya adalah benar, atau dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan dalam apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 100

Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan perakuan

(1)

Jika—

(a)

mana-mana pemberi pendidikan tinggi gagal untuk menyebabkan suatu salinan perakuan dipamerkan mengikut

Akta ini;

(b)

mana-mana pemberi pendidikan tinggi yang telah terhenti daripada mengadakan program gagal menyerahkan perakuan kepada Agensi mengikut Akta ini; atau

Agensi Kelayakan Malaysia 71

(c)

mana-mana pemberi pendidikan tinggi, apabila dibatalkan perakuan, gagal menyerahkan perakuan kepada Agensi mengikut Akta ini, pemberi pendidikan tinggi itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang ada dalam milikannya apa-apa perakuan palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 101

Kesalahan yang berhubungan dengan pemeriksaan, penguatkuasaan dan penyiasatan

Mana-mana orang—

(a)

yang gagal untuk mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa di bawah Akta ini; atau

(b)

yang menghalang atau enggan membenarkan seseorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta ini untuk—

(i)

memasuki mana-mana kawasan termasuk bangunan atau struktur di atasnya yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, atau sama ada atau tidak didaftarkan bagi kegunaan, oleh pemberi pendidikan tinggi;

(ii)

memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang difikirkannya perlu;

72

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(iii)

mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik yang, pada pendapatnya, boleh memberikan keterangan tentang perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau

(iv)

menghendaki mana-mana orang, yang merupakan anggota majlis, ketua pegawai eksekutif, pegawai atau pekerja pemberi pendidikan tinggi, untuk mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang berada dalam milikan atau jagaan orang itu atau di bawah kawalannya atau dalam kuasanya untuk memberikan yang berhubungan dengan pengurusan pemberi pendidikan tinggi atau yang berhubungan dengan program yang dijalankan oleh pemberi pendidikan tinggi itu;

(c)

yang disaman di bawah seksyen 87 dan tanpa alasan yang munasabah gagal untuk hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu, atau yang, setelah hadir, enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya dengan sah menurut undang-undang;

(d)

yang gagal untuk mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 88; atau

(e)

yang menghalang atau menggalang seseorang pegawai diberi kuasa semasa menjalankan mana-mana kuasanya di bawah seksyen 86, 87, 88 atau 89, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Agensi Kelayakan Malaysia 73

Bahagian XV

Seksyen 102

Pemulaan pendakwaan

Tiada pendakwaan bagi atau yang berhubungan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Seksyen 103

Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama

Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Majistret Kelas

Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan untuk menjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb.

Seksyen 104

Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau persatuan—

(a)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu pada masa pelakuan kesalahan itu;

(b)

dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa pelakuan kesalahan itu; atau

(c)

dalam hal suatu persatuan, tiap-tiap pemegang jawatan persatuan itu pada masa pelakuan kesalahan itu, boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan, perkongsian atau persatuan itu dan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

74

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Seksyen 105

Pengkompaunan kesalahan

(1)

Agensi boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, membuat tawaran secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh dikompaun di bawah

Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Agensi suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan.

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Agensi, pendakwaan bagi kesalahan itu bolehlah dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat dan jika pemilikan telah diambil terhadap mana-mana buku, rekod atau dokumen lain atau apa-apa barang lain, buku, rekod atau dokumen atau barang lain itu boleh dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat-syarat kompaun.

(5)

Amaun wang yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan

Wang Disatukan.

Seksyen 106

Penalti am

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Agensi Kelayakan Malaysia 75

Seksyen 107

Penalti dalam hal kesalahan yang berterusan

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang dia bertanggungan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, didenda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Seksyen 108

Anggapan

Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau pernyataan, sama ada bertulis atau tidak, adalah—

(a)

palsu atau tidak benar keseluruhan atau sebahagiannya;

atau

(b)

mengelirukan dalam apa-apa butir material, hendaklah dianggapkan sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau pernyataan itu adalah palsu atau tidak benar pada keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau membekalkannya.

Seksyen 109

Pekhidmat awam

Tiap-tiap anggota Majlis atau mana-mana jawatankuasanya, mana-mana pegawai, pekerja atau ejen Agensi dan mana-mana anggota jawatankuasanya dan mana-mana anggota Jawatankuasa

Teknikal Bersama semasa menunaikan kewajipan atau melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574].

76

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Seksyen 110

Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang

Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap—

(a)

Agensi, mana-mana anggota jawatankuasanya atau mana-mana pegawai, pekerja atau ejen Agensi;

(b)

Majlis, mana-mana anggota Majlis, atau mana-mana anggota jawatankuasanya;

(c)

Jawatankuasa Teknikal Bersama atau mana-mana anggotanya; atau

(d)

mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Agensi atau Majlis, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Seksyen 111

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Agensi, Majlis, mana-mana anggota Majlis dan jawatankuasanya, mana-mana pegawai, pekerja atau ejen

Agensi dan jawatankuasanya dan mana-mana anggota Jawatankuasa

Teknikal Bersama berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya yang sedemikian.

Seksyen 112

Obligasi kerahsiaan

(1)

Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota Majlis, pegawai, pekerja atau ejen Agensi boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

Agensi Kelayakan Malaysia 77

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 113

Kuasa untuk mengecualikan

(1)

Menteri boleh selain program profesional atau kelayakan profesional, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut untuk dikenakan—

(a)

mana-mana pemberi pendidikan tinggi yang didaftarkan sewajarnya di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa;

(c)

mana-mana pemberi pendidikan tinggi, daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi patut diberikan.

Seksyen 114

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang difikirkan perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan sepenuhnya atau menjalankan peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—

(a)

menetapkan cara memohon akreditasi sementara atau akreditasi di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dibekalkan oleh pemohon, cara akreditasi dan syarat-syarat yang hendaklah dikenakan;

78

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(c)

menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membayar fi dan caj itu;

(d)

menetapkan rekod dan dokumen yang hendaklah disimpan dan penyata yang hendaklah dikemukakan;

(e)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mentadbir Kumpulan Wang;

(f)

menetapkan tatacara dan kesalahan yang boleh dikompaun;

(g)

mengadakan pengawalseliaan semua atau mana-mana aktiviti Agensi dan secara amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Agensi di bawah Akta ini;

(h)

mengadakan apa-apa perkara lain yang dijangkakan oleh, atau yang perlu untuk menguatkuasakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbiran sewajarnya peruntukan itu.

Bahagian XVI

PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN

Pemansuhan dan pembubaran

Seksyen 115

Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 [Akta 556]

dimansuhkan (“Akta dimansuhkan”) dan Lembaga Akreditasi

Negara (“Lembaga”) dibubarkan.

Pemindahan kuasa, dsb.

Seksyen 116

Kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan yang sebelum hari ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan Lembaga hendaklah dari hari itu turun kepada Agensi.

Agensi Kelayakan Malaysia 79

Seksyen 117

Pemindahmilikan harta

(1)

Semua tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Lembaga hendaklah pada hari itu terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Agensi.

(2)

Semua harta dan aset selain tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada hari itu terletak hak pada Agensi.

Seksyen 118

Kontrak sedia ada

Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebelum hari ditetapkan dan menyentuh apa-apa harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 117 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Agensi dan bolehlah dikuatkuasakan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga, Agensi telah dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.

Seksyen 119

Pemindahan wang dalam kumpulan wang

Semua wang dalam atau yang kena dibayar ke dalam kumpulan wang Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan

Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 Akta ini.

Seksyen 120

Keanggotaan Lembaga

(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan, anggota

Lembaga dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan yang memegang jawatan sebelum hari ditetapkan hendaklah terhenti memegang jawatan pada hari itu.

80

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga yang akan berhenti memegang jawatan dan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas hari ditetapkan, Lembaga hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri suatu laporan termasuk penyata kewangan yang dikehendaki di bawah Akta dimansuhkan, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan sehingga hari sebelum hari ditetapkan.

Seksyen 121

Penerusan pegawai dan pekhidmat

Orang yang pada hari ditetapkan diambil khidmat sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah Akta dimansuhkan hendaklah terus menjadi pegawai dan pekhidmat Agensi di bawah Akta ini seolah-olah mereka telah dilantik di bawah seksyen 22 Akta ini atas terma dan syarat yang sama bagi tempoh yang akan tamat pada hari pelantikan mereka di bawah Akta dimansuhkan sepatutnya tamat.

Seksyen 122

Kecualian bagi perakuan dan daftar

(1)

Walau apa pun pemansuhan dan pembubaran di bawah seksyen 115 atau mana-mana peruntukan Akta ini yang berlawanan, tiap-tiap orang yang, sebelum hari ditetapkan, memegang perakuan yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai diakredit di bawah Akta ini sehingga tamat tempoh perakuan itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dilampirkan padanya.

(2)

Tiap-tiap perakuan yang menurut kuasanya seseorang disifatkan di bawah subseksyen (1) diakredit di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta ini; dan

Agensi boleh mengubah terma dan syarat yang dilampirkan pada perakuan itu bagi maksud menyelaraskannya dengan dasar Agensi mengenai pengenaan syarat akreditasi di bawah Akta ini.

(3)

Jika suatu pemberi pendidikan tinggi yang disifatkan diakredit di bawah subseksyen (1) berhasrat untuk diakredit di bawah Akta ini selepas tamat tempoh yang baginya dia disifatkan diakredit di bawah Akta ini, dia boleh memohon kepada Agensi bagi suatu perakuan akreditasi mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan, dan permohonannya hendaklah dibuat dan dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai permohonan bagi pembaharuan perakuan akreditasi.

Agensi Kelayakan Malaysia 81

(4)

Semua daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah

Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripadanya.

Seksyen 123

Penerusan permohonan, dsb., yang belum selesai

(1)

Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Lembaga di bawah

Akta dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan diuruskan oleh

Agensi di bawah Akta ini.

(2)

Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Menteri di bawah

Akta dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan diuruskan oleh

Menteri di bawah Akta ini.

(3)

Segala surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Lembaga di bawah Akta dimansuhkan sebelum hari ditetapkan hendaklah pada hari ditetapkan diserah simpan dengan Agensi.

Seksyen 124

Penerusan prosiding sivil dan jenayah

(1)

Baik pemansuhan di bawah seksyen 115 mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta dimansuhkan sebelum hari ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan sedemikian.

(2)

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum hari ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Agensi sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang sedemikian seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga merupakan suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Agensi.

82

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai

Seksyen 125

Lembaga

Sesuatu sebutan dalam mana-mana undang-undang atau dokumen yang berkuat kuasa sebelum hari ditetapkan mengenai

Lembaga hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Agensi.

Seksyen 126

Penerusan penggunaan nama

(1)

Walau apa pun seksyen 115 dan 125, Agensi boleh terus menggunakan nama “Lembaga Akreditasi Negara” bagi maksud mengekalkan nama baik atau bagi apa-apa maksud yang disifatkan patut oleh Agensi.

(2)

Tiada orang lain boleh menggunakan nama “Lembaga

Akreditasi Negara” kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu Agensi.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Seksyen 127

Pencegahan anomali

(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Agensi, bilamana didapatinya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau mencegah anomali berbangkit daripada pembuatan Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas tamat tempoh dua tahun dari hari ditetapkan.

Agensi Kelayakan Malaysia 83

Jadual

Jadual

[Subseksyen 11(3)]

Mesyuarat

1. (1) Majlis bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap tiga bulan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.

(2)

Notis secara bertulis sekurang-kurangnya empat belas hari hendaklah diberikan kepada anggota Majlis.

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Majlis.

(4)

Kuorum Majlis ialah lapan orang.

(5)

Tiap-tiap anggota yang hadir adalah berhak kepada satu undi.

(6)

Jika atas suatu persoalan untuk ditentukan oleh Majlis terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Majlis boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

2. (1) Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

(2)

Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Penzahiran kepentingan

3. Seseorang anggota yang mempunyai, secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Agensi bercadang untuk membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Majlis hendaklah menzahirkan kepada Majlis hakikat dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit

Majlis dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Majlis yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

Minit

4. (1) Majlis hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

84

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(2)

Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Majlis, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya.

(3)

Tiap-tiap mesyuarat Majlis yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Kesahan pembuatan dan prosiding

5. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada kecacatan dalam penubuhan, Majlis;

(b)

pelanggaran peruntukan perenggan 3 oleh mana-mana anggota; atau

(c)

ada peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Tatacara

6. Tertakluk kepada Akta ini, Majlis hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.

Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Majlis

7. Tiap-tiap anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Majlis sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan.

Pelantikan hendaklah disiarkan

8. Pelantikan tiap-tiap anggota Majlis hendaklah disiarkan dalam Warta.

Agensi Kelayakan Malaysia 85

Akta 679

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 155/2016

Perintah Menteri-Menteri Kerajaan

Persekutuan (Pindaan) 2016 29-07-2015

86

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

Akta 679

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Common questions

What is Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007?
Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 is Malaysia Act, cited as Act 679 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Is Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 still in force?
Yes — Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 is currently in force.
When did Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 take effect?
Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 was first recorded in 2007.
How many sections does Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 have?
Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 contains 127 sections.
Where can I read the official version of Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007?
The official text of Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.