Skip to content
In forceUpdated to 21 Jun 2022Read it in English

Bahagian IV · Mahkamah Syariah

47. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah

Feedback & support
(1)

Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2)

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah —

(a)

dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah

Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi dua ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan baginya;

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 505

(b)

dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi

Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, yang amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang.

(3)

Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa mal

Mahkamah Rendah Syariah.

Report

Bahagian V

Pendakwaan, Penguatkuasaan dan Perwakilan

Bahagian VI

Kewangan

Bahagian VII

Masjid

Bahagian VIII

Pungutan Khairat

Bahagian IX

Masuk Islam

Bahagian X

Pendidikan Agama

Bahagian XI

Schedules