Seksyen 53
Syariah
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas usulnya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam
Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
(2)
Apabila Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 505
digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada
Mahkamah Rayuan Syariah.