Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 · Updated to 21 Jun 2022 · Bahagian IV · Mahkamah Syariah
49. Permohonan untuk kebenaran merayu
Feedback & supportSuatu rayuan atau permohonan bagi kebenaran untuk merayu di bawah perenggan 48(1)(c) hendaklah dibuat kepada Mahkamah
Tinggi Syariah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan, tetapi dalam apa-apa keadaan hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan apabila pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dengan menjalankan usaha yang munasabah boleh mengetahuinya, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah, atau keputusan itu sampai kepada pengetahuannya.
Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar mana-mana permohonan bagi kebenaran untuk merayu, boleh atas alasan khas melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah habis tempoh.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 505