Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 · Updated to 21 Jun 2022 · Bahagian IV · Mahkamah Syariah
50. Perakuan pewarisan
Feedback & supportJika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati orang Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain
Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian yang kepadanya orang itu masing-masingnya berhak, Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari, atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fi yang ditetapkan, memperakukan fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagian yang padanya mereka masing-masingnya berhak.