Skip to content

Seksyen 56

Penerusan prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah walaupun Hakim tiada

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 57 of 105
Seksyen 56
(1)

Jika, dalam perjalanan apa-apa prosiding dalam sesuatu rayuan atau pada bila-bila masa sebelum diumumkan penghakiman, mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar prosiding itu tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsinya sebagai Hakim Mahkamah itu, maka, jika kedua-dua pihak bersetuju, pendengaran itu hendaklah diteruskan dan penghakiman

Pentadbiran Undang-Undang Islam 41

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

atau penghakiman yang ditangguhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diberikan oleh dua orang Hakim Mahkamah yang ada itu, dan bagi maksud rayuan itu, Mahkamah hendaklah disifatkan telah dianggotai dengan sempurnanya.

(2)

Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), jika tiada keputusan sebulat suara, rayuan itu hendaklah didengar semula.

(3)

Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tidak memberikan persetujuan mereka, atau lebih daripada seorang Hakim tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsi mereka sebagai Hakim-Hakim Mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula.