Seksyen 42
Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
ActIn forceProvision 43 of 105
Seksyen 42
(1)
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis, melantik, selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, tidak lebih daripada tujuh orang Islam untuk menubuhkan suatu panel tetap hakim dan Ketua Hakim Syarie hendaklah memilih dua orang dalam kalangan mereka untuk membentuk kuorum hakim dalam
Mahkamah Rayuan Syariah berkenaan dengan tiap-tiap pendengaran.
(2)
Nama ketujuh-tujuh anggota itu hendaklah disiarkan dalam
Warta.