Skip to content

Seksyen 54

Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 55 of 105
Seksyen 54
(1)

Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan dibereskan oleh seorang pengerusi dan mana-mana dua orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie.

(2)

Walau apa pun seksyen 42 Akta ini, Ketua Hakim Syarie boleh melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah bagi mana-mana prosiding yang tertentu jika Ketua Hakim Syarie berpendapat wajar berbuat demikian.

(3)

Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi pengerusi tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah, dan sekiranya dia tidak dapat berbuat demikian, Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik Hakim paling kanan di antara Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk menjadi pengerusi.