Skip to content

Seksyen 62

Peletakhakan

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 64 of 105
Seksyen 62
(1)

Semua harta yang tertakluk pada seksyen 61 dan terletak di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, hendaklah tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan jua pun, dan, dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang relevan yang berhubungan dengan tanah, terletak hak pada Majlis, bagi maksud amanah, wakaf atau nazr ‘am yang menyentuh harta itu.

(2)

Majlis hendaklah mengambil segala langkah perlu untuk meletak hak pada Majlis bagi maksud yang serupa mana-mana harta sedemikian yang terletak di luar Wilayah-Wilayah Persekutuan.