Seksyen 68
Harta wakaf dan nazr
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
ActIn forceProvision 70 of 105
Seksyen 68
Dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 Disember tiap-tiap tahun, Majlis hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta satu senarai semua harta, pelaburan dan aset yang terletak hak pada Majlis tertakluk pada mana-mana amanah, wakaf atau nazr, dan yang tidak menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.