Skip to content

Seksyen 63

Sekatan ke atas pewujudan amanah khairat

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 65 of 105
Seksyen 63
(1)

Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau nazr yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Akta ini dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 505

(2)

Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Akta ini adalah batal dan tidak sah melainkan jika —

(a)

Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, dengan nyata memperkenankan dan mengesahkannya; atau

(b)

ia telah dibuat semasa pembuatnya sakit tenat dan kemudian meninggal dunia akibat sakit itu dan telah dibuat secara bertulis melalui surat cara yang disempurnakan olehnya dan disaksikan oleh dua orang

Islam dewasa yang tinggal di kariah masjid yang sama dengan pembuat itu.

(3)

Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah mana-mana wasiat, alang semasa marad-al-maut, wakaf atau nazr yang tidak sah di bawah peruntukan Hukum Syarak.