Seksyen 69
Anggaran
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
Majlis hendaklah menyediakan dan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tidak lewat daripada 31 Oktober dalam setiap tahun, anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan
Majlis, termasuk di dalamnya anggaran segala harta yang boleh diterima dan boleh dilupuskan dalam bentuk barang, berkenaan dengan tahun yang berikutnya. Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat
Menteri, boleh meluluskan anggaran itu atau boleh mengarahkan supaya ia dipinda. Apabila telah diluluskan atau dipinda sedemikian, anggaran itu hendaklah disiarkan dalam Warta.
(2)
Majlis boleh pada bila-bila masa mempersembahkan kepada
Yang di-Pertuan Agong anggaran perbelanjaan tambahan berkenaan dengan tahun semasa, atau, pada bila-bila masa sebelum 31 Mac dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang lalu, dan anggaran itu boleh diluluskan atau dipinda, dan hendaklah disiarkan, mengikut cara yang serupa.
(3)
Tiada wang boleh dibelanjakan, atau harta dilupuskan dalam bentuk barang, kecuali mengikut anggaran seperti yang disebut terdahulu itu dan atas baucar yang ditandatangani oleh Pengerusi
Pentadbiran Undang-Undang Islam 49
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
atau mana-mana pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi.
Perbelanjaan Majlis