Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 · Updated to 21 Jun 2022 · Bahagian VI · Kewangan
70. Perbelanjaan Majlis
Feedback & supportSemua kos, bayaran dan belanja mentadbir harta dan aset yang terletak hak pada
Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua pekhidmat
Majlis, dan fi dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau anggota Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sebagai yang demikian, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Kumpulan Wang.