Seksyen 71
Jurubank
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
Majlis hendaklah melantik mana-mana jurubank yang sesuai dan boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang difikirkan patut.
(2)
Pembayaran oleh Majlis amaun yang melebihi lima puluh ringgit hendaklah dibuat melalui cek. Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam Tatacara Kewangan Majlis.
(3)
Cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau oleh mana-mana anggota atau pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi.