Skip to content
In forceUpdated to 21 Jun 2022Read it in English

Bahagian VI · Kewangan

65. Modal wakaf dan nazr ‘am

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), harta dan aset modal yang tersentuh oleh mana-mana wakaf atau nazr ‘am yang sah tidak boleh menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang, tetapi hendaklah digunakan menurut wakaf atau nazr ‘am itu dan dipegang sebagai wang yang berasingan.

(2)

Jika disebabkan keluputan masa atau perubahan hal keadaan, maka tidak mungkin lagi dapat dijalankan secara berfaedah

Pentadbiran Undang-Undang Islam 47

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

peruntukan tepat bagi mana-mana wakaf atau nazr ‘am, Majlis hendaklah menyediakan suatu skim bagi menggunakan harta dan aset yang tersentuh olehnya dengan cara yang sehampir mungkin sama dengan yang dikehendaki oleh terma-terma wakaf atau nazr

‘am itu, dan hendaklah menggunakannya dengan sewajarnya:

Dengan syarat bahawa Majlis boleh, dengan kelulusan bertulis daripada Yang di-Pertuan Agong, mengarahkan supaya harta dan aset itu hendaklah ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

(3)

Jika terma-terma mana-mana wakaf atau nazr ‘am tidak menyatakan cara penggunaan harta dan aset modal yang tersentuh olehnya, atau tidak ada ketentuan tentang cara bagaimana ia hendak digunakan, Majlis boleh mengarahkan supaya cara penggunaan harta dan aset modal itu ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

(4)

Segala surat cara yang mewujudkan, yang menjadi keterangan, atau yang menyentuh mana-mana wakaf atau nazr ‘am, berserta dengan mana-mana dokumen hak milik atau cagaran lain yang berhubungan dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh

Majlis.

Report

Bahagian VII

Masjid

Bahagian VIII

Pungutan Khairat

Bahagian IX

Masuk Islam

Bahagian X

Pendidikan Agama

Bahagian XI

Schedules