Skip to content

Seksyen 8A

Kuasa untuk menubuhkan syarikat dan pengesahan syarikat yang ditubuhkan

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 9 of 105
Seksyen 8A
(1)

Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang telah dirancang atau diusahakan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan atau kuasanya di bawah seksyen 7.

(2)

Tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai ditubuhkan oleh Majlis di bawah Akta Syarikat 2016 sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah ia telah ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).

(3)

Apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Majlis di bawah subseksyen 7(2) kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah.