Skip to content

Seksyen 22

Minit

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 23 of 105
Seksyen 22
(1)

Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat

Majlis, dan pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk pada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(2)

Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan Majlis.

(3)

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan draf minit itu hendaklah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika semasa draf minit itu disahkan, minit itu dipinda, Yang di-Pertuan Agong hendaklah dengan serta-merta dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat:

Dengan syarat bahawa tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana minit Majlis boleh diambil tindakan sehingga Yang di-Pertuan Agong telah menandakan perkenannya secara bertulis.

(4)

Mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dengan tetap sehingga tidak lebih daripada tiga bulan kalendar boleh berlalu antara satu mesyuarat dengan yang berikutnya.