Seksyen 15
Kehadiran bukan anggota dalam mesyuarat
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
ActIn forceProvision 16 of 105
Seksyen 15
(1)
Pengerusi boleh menjemput mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk hadir dalam mana-mana mesyuarat Majlis, jika urusan di hadapan mesyuarat itu menyebabkan kehadiran orang itu dikehendaki.
(2)
Seseorang yang dijemput di bawah subseksyen (1) hendaklah berhak mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian Majlis, tetapi tidak berhak untuk mengundi.