Seksyen 8
Kuasa untuk menubuhkan perbadanan
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
(1)
Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis untuk menjalankan dan menjaga, mengelola dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan atau kuasanya di bawah seksyen 7.
(2)
Majlis hendaklah, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, melalui perintah yang sama atau yang lain, membuat peruntukan berkenaan dengan sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), yang menentukan—
(a)
kewajipan, kuasa dan hak perbadanan itu;
(b)
sistem pengurusan perbadanan itu; dan
(c)
hubungan di antara perbadanan dengan Majlis dan hak
Majlis untuk mengawal perbadanan itu.
(3)
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 505