Skip to content

Seksyen 27

Pewakilan kewajipan dan kuasa

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 28 of 105
Seksyen 27
(1)

Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk pada syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Pengerusi atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa

Majlis pelaksanaan mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 505

(2)

Pelaksanaan kewajipan dan penjalanan kuasa menurut perwakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan Majlis.

(3)

Pengerusi, Setiausaha, atau jawatankuasa itu hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya atau oleh jawatankuasa itu menurut perwakilan di bawah subseksyen (1).